USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELANCARAN SKIM BANTUAN TERBARU DI HARI YANG PENUH BARAKAH

USM PULAU PINANG, 28 Januari 2022 – Majlis perasmian Asnaf Prihatin dan Asnaf Baitul Hikmah melalui kerjasama di antara pihak Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) dan Zakat Pulau Pinang telah dilangsungkan pada hari yang penuh barakah ini.

4BBAF717 1428 4561 80B1 84C3D8984478

Berkat usaha kerjasama di antara dua pihak itu sejak 3 tahun yang lepas, telah membuahkan hasil apabila pelbagai inisiatif serta skim bantuan asnaf berjaya diwujudkan, dan tahun 2022 menjadi saksi perasmian dua skim bantuan asnaf yang terbaru.

Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria, Pengarah Kampus Kejuruteraan USM yang mewakili Naib Canselor USM di dalam ucapan beliau berkata, “Skim Asnaf Prihatin yang dilancarkan ini adalah sebagai wadah bagi Pusat Islam USM dalam mendapatkan data asnaf, khasnya yang ditimpa musibah barah kritikal yang bakal beroleh manfaat zakat sebanyak RM1,000.

50252863 1C13 4C68 A7A7 A8022F8B9845

“Manakala Skim Asnaf Baitul Hikmah pula akan memperuntukkan manfaat zakat sebanyak RM2,000 kepada asnaf yang berkelayakan bagi memperkasakan intelektual dan perkembangan tasawwur Islam,” tambah beliau.

Ujarnya lagi, tujuan kewujudan kedua-dua skim tersebut adalah sebagai platform rasmi Pusat Islam USM dalam membantu, sekaligus memperkasakan kehidupan asnaf, selari dengan slogan USM iaitu “KAMI MEMIMPIN”.

0F121F61 DE4B 420C 9F73 09BCDAE88BA4

Selain itu, Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Datuk Dr. Awang Adik Hussin di dalam ucapan beliau turut berkata, “semenjak terjalinnya kerjasama ini, USM telah berjaya mendapat pulangan semula sebanyak 50% yang berjumlah RM1.3 juta setahun untuk diagihkan kepada empat golongan asnaf iaitu Fakir, Miskin, Fisabilillah dan juga Muallaf.

Beliau juga berharap agar usaha yang berterusan itu dapat membantu asnaf dengan tadbir urus dan pelaporan yang sentiasa telus, dengan jumlah terimaan dan agihan ditunjuk di media baru, serta mendoakan agar jumlah zakat akan meningkat dari semasa ke semasa.

196F58EF 4002 4A9C 996B 81E6D5FD4E92

Turut hadir dalam majlis tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang, pengurusan tertinggi Pusat Islam USM, dan seluruh warga qaryah Masjid Al-Malik Khalid  USM.

Teks: Mohamed Hadri Iman Mohamed Hazli

  • Created on .
  • Hits: 505

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024