USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

AKEPT, BJIM USM LAKSANA PROGRAM ‘LASER’, BERI MANFAAT PADA AHLI AKADEMIK

PULAU PINANG, 3 Februari 2022 – Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) Universiti Sains Malaysia (USM) telah diberi kepercayaan oleh Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) untuk melaksanakan program Leadership in Academic-Society Experiential Relationship (LASER).

AE017385 3445 471F B046 39BBA515FCA2

‘LASER’ adalah penjenamaan semula yang dibuat oleh AKEPT selepas berjaya melaksanakan program Peningkatan Kompetensi Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT): Perkongsian Amalan Terbaik Libatsama Universiti-Komuniti (ACEP) tahun lalu.

BJIM yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program tersebut membahagikannya kepada dua kategori kumpulan sasar iaitu kumpulan akademik dan kumpulan pengurusan serta profesional yang membabitkan empat siri.

73657C56 3CEA 47AC B536 4BF06C76E345

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkata, pihak universiti berterima kasih kepada AKEPT kerana memilih USM sebagai penganjur program tersebut.

Katanya, modul-modul yang terdapat dalam program ini bakal memanfaatkan ahli akademik daripada pelbagai universiti awam dan swasta dalam merangka, menilai dan melaksanakan program atau projek libatsama universiti serta komuniti.

81C55AC8 C475 4051 8717 7BEB23A9ABD7

“USM maklum dengan tujuan utama program ini dijalankan iaitu untuk meningkatkan dan memperkasakan barisan kepimpinan akademik dalam libatsama universiti-komuniti sebagai pemangkin kepada perkembangan komuniti dan mengisi jurang dalam kurikulum universiti awam dan swasta.

“Justeru, USM sentiasa akan memberikan kerjasama dan berharap akan diberikan peluang lagi bagi menganjurkan program seumpama ini,” katanya dalam ucapan perasmian program itu.

Program selama dua hari (24-25 Januari 2022) secara bersemuka yang diadakan di Dewan Bankuet, Canselori II, USM itu berjaya menarik penyertaan 32 orang peserta yang terdiri dari kalangan Timbalan Naib Canselor, Dekan, Timbalan Dekan, Pengarah, Timbalan Pengarah, Pensyarah dan Penyelidik daripada pelbagai universiti awam dan swasta.

CFE597AD 4746 4C34 B5A7 FA5D9CC2E0F4

Dalam program itu, kesemua peserta diminta berkongsi idea dan kepakaran, seterusnya menghasilkan modul-modul berkesan untuk manfaat komuniti.

Teks: Mohamad Hafiz Asyraf Mohd Arop/Sumber teks asal & Foto: Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM)

  • Created on .
  • Hits: 429

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024