USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BAWA CEMACS KE TAHAP YANG LEBIH TINGGI


DSC 0146

PULAU PINANG, 29 Jun, Pusat Kajian Sains Samudera dan Pantai (CEMACS) USM perlu dibawa ke tahap yang lebih tinggi termasuk menjalankan kolaborasi dengan pusat penyelidikan dan ahli akademik terkemuka dunia dengan pemetaan hala tuju yang lebih jelas.

Hal ini dinyatakan oleh Naib Canselor, Profesor Dato' Dr. Omar Osman ketika mengunjungi CEMACS di Muka Head, Teluk Bahang, Pulau Pinang hari ini.

"CEMACS perlu memanfaatkan setiap kemudahan yang ada dengan ahli akademik, para penyelidik malah pentadbirnya perlu mempunyai hala tuju yang jelas supaya menghasilkan sesuatu yang produktif dan bermakna serta membangunkan nic yang dapat melonjakkannya ke tahap yang tinggi," kata Omar.

DSC 0043

Jelasnya, ini bermakna CEMACS perlu mempunyai kepimpinan yang mempunyai misi yang dapat membawanya ke tahap yang seterusnya dan lebih tinggi dalam bidang kekuatannya, berusaha untuk mengadakan kolaborasi dengan pihak lain malah bersama-sama dengan pelbagai agensi untuk memperkasakan kedudukannya sebagai sebuah pusat penyelidikan dan akademik yang cemerlang di dunia.

“Saya percaya kepimpinan yang ada pada CEMACS sekarang berupaya melaksanakan tanggungjawab ini dengan penuh komitmen dan dedikasi.

"Kita juga perlu melihat bagaimana usaha-usaha yang dibuat di negara-negara lain termasuk Brunei dan Korea dalam memajukan bidang kekuatannya di samping memanfaatkan kerjasama akademik dengan penawaran program akademik yang multidisiplin melibatkan juga bidang-bidang atau disiplin lain seperti Kejuruteraan, Pergigian dan sebagainya malah juga memanfaatkan pembangunan kapasiti sumber-sumber yang ada,” kata Omar lagi.

DSC 0053

Naib Canselor juga meminta agar usaha dibuat dengan menyediakan pelan penggantian ahli akademik dan penyelidik dalam kalangan yang sedia ada untuk memastikan kelangsungannya pada masa hadapan.

CEMACS ditubuhkan pada bulan Ogos 1991 bermula sebagai Stesen Kajian Lapangan Pusat Pengajian Sains Kajihayat pada tahun 1976 menjalankan pelbagai penyelidikan dan latihan pascasiswazah dalam bidang Marikultur, Ekosistem Bakau, Pencemaran Pantai dan Toksikologi, Pemuliharaan Kepelbagaian Bio (Biodiversity Conversation), Sains Samudera, Pengurusan Bersepadu Zon Pantai dan Ekosistem Batu Karang (Coral Reefs Ecosystem)

DSC 0030

Terdahulu Naib Canselor diberikan taklimat oleh Dekan Pusat Pengajian Sains Kajihayat yang juga Pengarah CEMACS, Profesor Madya Dr. Ahmad Sofiman Othman. Hadir sama dalam lawatan kerja ini ialah Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa) Profesor Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal dan ahli-ahli akademik serta para penyelidik Pusat Pengajian Sains Kajihayat dan CEMACS. -- Teks: Mohamad Abdullah & Tan Ewe Hoe/Foto: Mohamad Danial Shahri

 

 

  • Created on .
  • Hits: 2250

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024