USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MODUL KENEGARAAN UNTUK PROGRAM PIMPIN SISWA

DSC 0036

PULAU PINANG, 28 Jun 2013 -  Program Intensif Meningkatkan Pengupayaan Insan (PIMPIN) Siswa akan ditambah modul kenegaraan yang akan diterapkan di kalangan pelajar-pelajar baru Universiti Sains Malaysia (USM) yang akan mendaftar September ini.

Cadangan ini disuarakan oleh Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Dr. Omar Osman  ketika berucap di majlis penyampaian amanat kepada lebih 100 orang tenaga penggerak Pimpin Siswa yang terdiri di kalangan pentadbir, pensyarah dan pelajar senior Universiti. Mereka akan berlepas ke Kem Perik, Kedah untuk sesi latihan kepada jurulatih (Training of Trainer) selama empat hari bermula hari ini.

“Saya menyarankan supaya menjemput sejarawan negara seperti Prof. Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim untuk berkongsi mengenai sejarah negara kepada seluruh pelajar baru USM,” kata Omar.

DSC 0039

“Selain itu, kemahiran dan juga sifat kepimpinan seseorang itu diperolehi melalui pengalaman dan bukan diperolehi dengan sekelip mata. Pelajar USM adalah yang cemerlang di dalam segala segi dan bidang yang mejadikannya unik di kalangan yang lain,” tambah Omar.

Menurut Pengarah Sektor Pembangunan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Dr. Nazarudin Zainun, Pimpin Siswa yang akan diadakan September ini adalah yang kelima iaitu bermula pada tahun 2009 untuk pelajar pengambilan Program Pemacuan untuk Kecemerlangan (APEX).

DSC 0024

Pada tahun ini, seramai lebih kurang 3500 pelajar baru akan mendaftar dan akan mengikuti program ini di lapan kem secara serentak. Program sebegini adalah sebagai satu cara untuk berinteraksi samada dengan senior dan mungkin juga dengan pensyarah dan pentadbir.

Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohamad Danial Shahri

  • Created on .
  • Hits: 2152

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024