USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENSYARAH USM BERKONGSI PENGALAMAN DI SUDAN

20130615 131541SUDAN, 25 Jun 2013 – Pensyarah dan juga pakar dalam bidang farmasi sosial USM, Prof Madya Dr Mohamed Azmi Ahmad Hassali dari Pusat Pengajian Sains Farmasi (PPSF) telah dijemput oleh Lembaga Kepakaran Farmasi Sudan sebagai pemeriksa luar bagi calon-calon yang menduduki kursus ‘Fellowship for Pharmacy Specialization in Pharmaceutical Policy and Management’ bagi tahun 2013.

Mohamed Azmi yang juga merupakan Timbalan Dekan, Hal Ehwal Pelajar dan Jaringan PPSF juga telah mengendalikan dua bengkel berkaitan dengan ubat-ubat palsu atas jemputan Sudan National Medicines and Poison Board.

“Saya telah terlibat dengan bengkel berkaitan penggunaan antibiotik secara rasional di dua buah hospital di bandar Khartoum bermula 14 hingga 19 Jun,” kata Mohamed Azmi.

“Sepanjang lawatan tersebut, saya juga telah dikunjungi oleh alumni di Sudan yang kebanyakkannya memegang jawatan tinggi dalam sektor perkhidmatan kesihatan awam di sana. Para alumni di sana berhasrat untuk menubuhkan persatuan alumi USM Sudan bagi mengeratkan hubungan sesama mereka,” tambah beliau.

Kerjasama PPSF dengan beberapa universiti dan pihak kementerian kesihatan di sekitar Khartoum juga telah dibincangkan dan mendapat maklum balas positif daripada semua untuk bekerjasama dalam bidang penyelidikan pengurusan dan polisi farmaseutikal. Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Sumbangan Prof Madya Dr Mohamed Azmi Ahmad Hassali 

 

 

 

 

 

 

  • Created on .
  • Hits: 1654

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024