USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ADIKARMA USM TERUS PAMER KEHEBATAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA

USM PULAU PINANG, 26 Januari 2022 – Kumpulan Kesenian Adikarma Universiti Sains Malaysia (USM) telah berjaya menerima Anugerah The 2nd STIIC 2022 dalam program The 4th Southern Thailand International Innovation and Culture anjuran Rattaphum College, Rajamangala University of Technology Srivijaya, Songkla, Thailand yang turut disertai 11 institusi pengajian tinggi dari tiga negara jiran Thailand, Malaysia dan Indonesia.

4D1B0F2E B850 4729 8C15 3226F44FE810

Kumpulan Kesenian Adikarma adalah sebuah pertubuhan pelajar di bawah naungan Pusat Pembangunan HEBAT, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, USM.

Dalam festival tersebut, 17 orang pelajar yang terlibat, terdiri daripada 12 pelajar sebagai penari, 4 orang yang menguruskan kostum dan seorang lagi sebagai videografer.

Kesemua mereka mewakili pelbagai Pusat Pengajian antaranya Pusat Pengajian Sains Kaji Hayat, Pusat Pengajian Perumahan, Perancangan dan Bangunan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Pusat Pengajian Pengurusan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan dan lain-lain Pusat Pengajian.

Mereka telah menjalani latihan tarian selama hampir dua minggu sebagai persediaan bagi persembahan tarian tersebut di bawah bimbingan Ahmad Assahirin bin Hamlet.

Tarian yang ditampilkan adalah sebuah tarian perpaduan yang merangkumi tarian Melayu, tarian Cina, tarian India serta tarian etnik Sabah dan tarian etnik Sarawak.

Tarian tersebut telah diberi nama Tarian ‘Keluarga Malaysia’, iaitu seiring dengan gagasan kerajaan Malaysia pada masa kini.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Infografik: Ebrahim Abdul Manan

  • Created on .
  • Hits: 776

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024