USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM DAN MILO TERUS KUKUH JALINAN DALAM PEMBANGUNAN SUKAN

USM PULAU PINANG, 25 Januari 2022 Program Jom Minum Milo Percuma kelmarin oleh Pusat Sukan dan Rekreasi (PSR) Universiti Sains Malaysia (USM) mendapat sambutan yang menggalakkan oleh warga kampus induk USM.

Menurut Pengarah PSR, Haji Idrus Rapie, program ini merupakan program pemandu (pilot programme) selepas PSR agak lama tidak mengadakan program sebegini di USM.

“Sebanyak 1,000 cawan Milo percuma diberikan kepada pengunjung yang singgah di lokasi ini iaitu di dataran bersebelahan Stadium Olahraga USM,” jelasnya.

08D775CF A5C1 4F53 A36F 8FD808E0EFB5

Tambahnya, sambutan yang diterima amat menggalakkan yang merangkumi golongan pelajar dan staf selain ada juga yang membeli produk Milo dengan tawaran harga istimewa di lokasi.

USM dan Milo sudah bekerjasama antara satu sama lain lebih dari 40 tahun melalui penajaan dengan PSR USM melalui Pesta Hoki Antarabangsa USM, Pesta Bola Jaring USM, Temasya Olahraga Tahunan USM dan acara-acara sampingan lain.

Antara acara yang sering menjadi tumpuan adalah Hari Sarapan Malaysia Milo (Milo Breakfast Day) yang kali terakhir diadakan pada 2019 di Padang Minden USM sebelum wabak COVID-19 melanda negara kita.

Milo ialah produk serbuk malt yang dihasilkan oleh syarikat Nestlé, dan biasanya ia dicampur dengan susu, air panas, atau kedua-duanya, untuk menghasilkan minuman yang menyihatkan badan.

Minum Milo Anda Jadi Sihat Dan Kuat!

EF4CD782 DD8B 4168 A7F9 B5FBEA9CA054

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 673

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024