USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TERUS TERBANG TINGGI WAHAI SANG 'HELANG MUDA'

USM PULAU PINANG, 23 Januari 2022 – Pasukan Bola Sepak Akademi Sukan Anak Staf USM (ASAS) membuka tirai tahun 2022 dengan langkah kanan selepas mempamerkan aksi yang memberangsangkan ketika menentang pasukan Penang Whitecaps pagi ini.

B4ACCB78 4AD3 4FBF 9175 8FEDCA9D23AB

ASAS merupakan sebuah usaha yang diwujudkan hasil kolaborasi di antara Jabatan Pendaftar dan Pusat Sukan dan Rekreasi USM dengan misi utamanya untuk mengasah bakat sukan dalam kalangan anak-anak staf seawal usia 12 tahun ke bawah.

“Perlawanan persahabatan ini dianjurkan bertujuan bagi memberikan pendedahan yang lebih awal kepada kesemua pemain tentang suasana perlawanan bola yang sebenar,” kata ketua jurulatih yang juga bekas pemain Perak, Pulau Pinang dan USM FC, Ahmad Norafandy Yatim atau lebih dikenali sebagai Jibong.

Tambah beliau, pendedahan sebegini amatlah penting dalam mempersiapkan pemain dari segi fizikal dan mental mereka, selain itu ia juga dapat membantu seseorang pemain itu untuk menjadi lebih matang dalam gaya permainan mereka seterusnya membentuk mereka supaya menjadi pemain yang lebih baik di masa hadapan kelak.

DE4CDC23 8A43 434C 89A3 1E394F24B065

Yang pastinya, lebih banyak lagi perancangan yang bakal dilakukan oleh pihak kejurulatihan serta pihak terbabit bagi meneruskan usaha yang cemerlang ini.

Selain itu, jurulatih bawah 10 tahun Penang Whitecaps, Mohd Zafi Mohamed Ismail turut memuji usaha yang diwujudkan oleh pihak USM ini serta menyifatkan tindakan yang dilakukan ini wajar dicontohi oleh pihak lain dalam melahirkan generasi yang lebih berdaya saing dan mampu menjulang nama Malaysia ke persada dunia suatu hari nanti.

F8622D14 B47E 456F B0DB 319876D98BF3

Mohd Zafi turut berkongsi pasukan bimbingannya itu juga merupakan pelajar daripada Dalat International School di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Selain perlawanan persahabatan bola sepak ini, sukan lain yang diberi tunjuk ajar dan tumpuan oleh ASAS seperti olahraga, sepak takraw dan hoki turut menjalani latihan seperti biasa pada setiap hujung minggu di fasiliti sukan bertaraf antarabangsa sedia ada di dalam kampus induk USM.

949B237C 1FBF 4C87 9D90 24D16813A37F

Teks: Mohamed Hadri Iman Mohamed Hazli

  • Created on .
  • Hits: 564

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024