USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR SENI HALUS JUARA REKAAN NST-PEUGEOT 2012/2013

4

SHAH ALAM, 26 Jun 2013 – Dua orang pelajar Rekebentuk Produk dari Pusat Pengajian Seni (PPS) Universiti Sains Malaysia (USM) menjuarai Pertandingan Rekaan NST-Peugeot 2012/2013 yang berlangsung semalam. Ahmad Syafiq Aiman  Mohamed Raziff, 23 dan Nor Azieiwani Mohd Ghani, 23 membawa pulang pakej penuh pelancongan 5 hari/4 malam ke Paris dan Pusat Penyelidikan dan Rekaan Peugeot di Velizy, Perancis, wang tunai RM1,500.00 dan barangan Peugeot setiap seorang.

Prototaip yang dihasilkan daripada kayu dan juga gabus mengambil masa satu bulan untuk dihasilkan dan menelan belanja sebanyak RM1,200.00 hasil daripada sumbangan pensyarah dan juga simpanan Ahmad Syafiq dan Nor Azieiwani sendiri.

“Penyertaan kami bersama dua kumpulan lain adalah hasil sokongan dan dorongan Dekan PPS, Prof. Madya Mohamad Omar Bidin. Walaupun penyertaan ini adalah buat kali kedua, saya amat bersyukur dengan kemenangan ini dan tidak menyangka dan berasa terkejut kerana penyertaan kami dihantar pada saat-saat akhir,” kata Nor Azieiwani ketika dihubungi yang kini sedang bercuti di kampung halaman beliau di Terengganu.

2

Menurut Nor Azieiwani lagi, prototaip yang dihasilkan adalah inspirasi daripada kereta lumba untuk dijadikan ‘sportscar’.

Pertandingan ini disertai oleh 52 penyertaan daripada universiti dan kolej manakala 52 lagi daripada pelajar sekolah menengah. Namun begitu, hanya 15 penyertaan terbaik diberi peluang untuk menghasilkan model dalam skala 1:5 untuk dinilai.

1

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi Nasim Sdn. Bhd., Datuk Samson Anand George dan Editor Pengurusan News Straits Times, Datuk Nuraina Samad. Teks: Nor Rafizah Md Zain

3

  • Created on .
  • Hits: 2095

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024