USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PERINGATAN PENIPUAN PHISHING - KHAS BUAT WARGA KAMPUS

USM PULAU PINANG, Januari 2022 – Ancaman siber berkaitan pancingan data meningkat dengan ketara pada kebelakangan ini.

Seksyen Keselamatan Siber, Bahagian Pengurusan Digital, Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) berusaha memastikan keselamatan warga USM semasa menggunakan komputer dengan meningkatkan lagi pertahanan siber Universiti Sains Malaysia (USM).

Serangan pancingan data boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dengan matlamat yang sama – ia bertujuan untuk memperdayakan anda berkongsi maklumat sensitif seperti maklumat log masuk, kad kredit, peribadi dan butiran akaun bank.

Berikut adalah beberapa jenis serangan pancingan data yang sering digunakan oleh penggodam:

D2AA4CF7 8F65 4943 8784 B9716BCD2B1F 1. Phishing: Penggodam menyamar seolah-olah emel dari laman sebenar untuk mendapatkan maklumat   berkaitan akaun identiti. Anda mungkin menerima emel yang meminta anda mengesahkan butiran akaun   dengan pautan yang membawa anda ke skrin log masuk yang diolah menyampaikan maklumat anda terus kepada penggodam.

 

FF64D9AF 9776 4CC0 B3B0 AE46D0875BF72. Spear Phishing: Spear phishing ialah serangan pancingan data yang lebih canggih merangkumi maklumat yang disesuaikan yang menjadikan penggodam kelihatan seperti sumber yang sah. Mereka mungkin menggunakan nama dan nombor telefon individu yang dikenali dalam emel untuk menipu dan menjadikan anda lebih cenderung untuk mengklik pautan atau kepilan pada emel yang dihantar atau membalas emel tersebut.

 

0CAB02B7 2CDE 45BF B6E7 53840CD853743. Whaling: Whaling bertujuan untuk membuat anda melakukan transaksi kewangan atau menghantar maklumat sensitif kepada penggodam melalui emel dengan menyamar sebagai pihak pengurusan tertinggi universiti, pihak berkuasa atau syarikat.

D03BE33C 43CC 4F4F 8823 2A2E74433D26

 

4. Pancingan Perkongsian Dokumen: Emel samaran yang nampaknya datang daripada servis storan Internet seperti OneDrive, Dropbox atau Google Drive yang menyatakan bahawa dokumen telah dikongsi dengan anda. Pautan yang disediakan dalam emel tersebut akan membawa anda ke halaman log masuk palsu yang meniru halaman log masuk sebenar dan akan mencuri maklumat akaun identiti anda.

 

 5FE55D3C C7CF 4989 AF8E 934F62FF39EC5. Virus/SpywarePenggodam menghantar emel yang meminta anda membuka atau memasang aplikasi tertentu dengan pautan yang diberi. Fail atau aplikasi yang dimuat turun mengandungi virus yang membolehkan penggodam mengawal komputer dan telefon anda untuk mencuri maklumat atau merosakkan peranti tersebut.

 

Berikut ialah beberapa amalan terbaik yang boleh diikuti bagi mengelakkan skim pancingan data dan serangan virus:

1. Elak mengklik pada pautan atau kepilan daripada pengirim yang anda tidak kenali. Berhati-hati terutamanya terhadap fail berbentuk .zip atau pautan yang mencurigakan.

2. Jangan berikan maklumat peribadi yang sensitif (seperti nama pengguna dan kata laluan) melalui emel.

3. Perhatikan alamat penghantar emel yang menggunakan nama yang mencurigakan, terutama jika ia dari pihak pengurusan universiti. Klik pada nama penghantar emel untuk memaparkan alamat penghantar.

4. Waspada jika ingin membuka kepilan atau mengklik pautan, elak dari membuka sebarang dokumen yang anda tidak menjangka akan menerima kepilan.

5. Pastikan perisian antivirus dipasang dan sistem pengoperasian Windows dikemas kini sentiasa.

Anda merupakan barisan pertahanan pertama dan utama dalam usaha memastikan ruangan siber sentiasa selamat. Ambil peduli dan berhati-hati ketika menggunakan komputer and Internet. Elak dari menjadi mangsa penipuan.

--------------------------

Seksyen Keselamatan Siber, Bahagian Pengurusan Digital, Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang.

Tel: 04-6534256; www: infosec.usm.my; Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.; Fb: Infosec USM

  • Created on .
  • Hits: 442

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024