USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

USM PULAU PINANG, 14 Januari 2022 – Universiti Sains Malaysia (USM) menerima kunjungan hormat dari delegasi Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), hari ini.

8FF0B0BD 57DE 4FF8 8C10 89F42B2DF0B6

Delegasi BIMB yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Muazzam Mohamed mengadakan pertemuan bersama Naib Canselor, Profesor Dato Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikandi Pejabat Naib Canselor di sini.

Faisal Rafiq yang menyambut kunjungan delegasi berkenaan berkata, beliau mewakili pihak USM amat berbesar hati dengan kunjungan hormat kali pertama bank berkenaan.

“Saya amat mengalu-alukan kehadiran delegasi BIMB di kampus induk USM, dan sedikit sebanyak memberikan input kepada saya dan pengurusan tertinggi USM dalam merencana aspek kewangan, pentadbiran dan kemajuan akademik berpandukan apa yang disasarkan secara keseluruhannya,” katanya.

Sementara itu, Muazzam berkata, pihak Bank Islam mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada USM yang sudi menerima kunjungan hormat dari bank berkenaan.

“Kunjungan hormat ini adalah satu usaha dalam mengeratkan hubungan sedia ada selain berkongsi manfaat kerjasama antara kedua-dua belah pihak di masa akan datang,” katanya.

Perjumpaan tersebut turut disertai tiga lagi pegawai dari Kumpulan BIMB dan pegawai kanan Jabatan Bendahari USM.

Teks: Mohamad Hafiz Asyraf Mohd Arop/Foto: Ebrahim Abd Manan

  • Created on .
  • Hits: 586

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024