USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

EMEL DARI PESHAWAR: TEMUI BUKTI ARTIFAK

usmarke1

“Kami semua selamat dan segalanya berjalan lancar, hanya pada minggu pertama dua orang ahli pasukan penyelidik arkeologi USM terpaksa mendapat rawatan di Hospital Peshawar kerana 'sun stroke' dan keracunan makanan dengan suhu panas 45-48 darjah Celsius di sini,” kata Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Profesor Mokhtar Saidin dalam emelnya tentang pasukan penyelidiknya yang berada di sana sejak 7 Jun lalu.

Kata Mokhtar, penyelidikan yang dilakukannya telah berjaya sepenuhnya dan setakat ini sebanyak 5 tapak telah dipeta dan dijalankan kajian geofizik yang akan berlangsung sehingga 30 Jun 2013.

“Saya juga telah menemui bukti artifak alat batu "adze" di puncak 2000 m atas aras laut yang sebelum ini belum pernah direkodkan,” tambahnya lagi.

usmarke2

Menurut Mokhtar, semua 7 ahli penyelidiknya kini berada di puncak pergunungan tapak Gandhara Kashmir Smast,  sekitar 1200 - 2000 m di atas aras laut. Pendakian di lereng pergunungan ke puncak tapak Gandhara Kashmir Smash mengambil masa 4 jam dalam suhu 45 darjah Celsius.

usmarke3

Katanya lagi, “setiap pergerakan kami di sini dikawal sepenuhnya oleh anggota polis, empat orang setiap kali bertugas, siap dengan senjata mengawal keselamatan kami, malah makanan dimasak oleh mereka dan setiap kali makan ada capati, pagi, tengah hari dan malam.”

Pasukan PPAG akan kembali ke Pulau Pinang pada 2 Julai ini.

usmarke4

Mokhtar turut menghantar beberapa gambar yang antaranya pasukan penyelidiknya di hadapan “Great Cave” pada ketinggian 1118 meter dan penemuan pertama kali alat batu beliung di Ghandara pada ketinggian 2000 meter.  TEKS: Mohamad Abdullah   FOTO: Prof. Mokhtar Saidin

 

 

  • Created on .
  • Hits: 1644

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024