USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ANJUR KHIDMAT MASYARAKAT SECARA BERTERUSAN - NORAIZAN


usmyatim1

PULAU PINANG, 23 Jun 2013 - Program-program khidmat masyarakat sewajarnya diperbanyakkan dan diadakan secara berterusan oleh pelbagai kumpulan yang ada dalam kampus.

"Dengan cara ini, kita dapat memberikan khidmat bakti kepada pelbagai kumpulan masyarakat terutamanya dalam kalangan mereka yang kurang bernasib baik," kata isteri Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Datin Noraizan Jamaluddin.

Berucap mengalu-alukan kira-kira 50 orang penghuni Kediaman Abu Nur Pengkalan Hulu Grik yang mengadakan kunjungan balas ke Anjung Jannatun (kediaman rasmi Naib Canselor) anjuran HELWA USM bersama-sama Pejabat Naib Canselor.

"Saya berharap agar program-program khidmat masyarakat seperti ini diadakan secara berterusan bagi melatih dan memberi pendedahan kepada warga USM untuk menabur bakti kepada masyarakat setempat," kata Noraizan.

usmyatim2

Pada majlis itu, beliau mengalu-alukan anak-anak Abu Nur yang berkunjung ke Anjung Jannatun, USM dan percaya program ini juga berupaya merapatkan lagi jalinan ukhuwah yang telah terbina secara berterusan.

Sempena acara sehari itu, para peserta turut mengambil bahagian dalam aktiviti sukaneka dan kemudiannya mengadakan lawatan sekitar negeri Pulau Pinang.

Para sukarelawan turut berkongsi pengalaman mereka di kampus, memberikan nasihat, kata semangat serta dorongan kepada semua penghuni Abu Nur sekaligus untuk merangsang minat mereka dalam meneruskan pengajian dan kehidupan seharian dalam sesi ramah mesra di Taman Botani, Pulau Pinang dalam program yang sama.

usmyatim3

Naib Cansrlor, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman turut hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang acara sukaneka serta menyampaikan sumbangan kepada Ustaz Md Rejab Hassan, wakil Kediaman Abu Nur. Turut hadir ialah Dr. Nurulain Abdullah Bayanuddin, Pengarah Pusat Sejahtera USM selaku Pengerusi HELWA Pusat Islam USM. -- Teks: Mu’azzah Binti Ismail/Foto: Mohd Fairus Md Isa dan Yong Check Yoon

  • Created on .
  • Hits: 1788

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024