USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM SUMBANG KEPAKARAN ELEKTRIK BANTU MANGSA BANJIR SELANGOR

271158874 4832103170184011 6120053708045111755 n

HULU LANGAT, 9 Januari 2022 – Pasukan staf teknikal elektrik daripada Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Aset (JPPA) (JA), Universiti Sains Malaysia (USM) telah berjaya melaksanakan satu misi untuk membantu para penduduk yang terjejas akibat banjir baru-baru ini di sini.

Menurut Ketua Jurutera Elektrik JPPA, Mohd Salmi Ismail, dengan kerjasama dan pembiayaan Persatuan JEQMA Academy, pasukan ini telah bertindak dalam misi bantuan banjir Fasa 2 dengan memperbaiki soket dan 'distribution box' yang rosak susulan bencana tersebut baru-baru ini.

“Kawasan yang terlibat adalah Kampung Jawa dan Kampung Sungai Lui di Hulu Langat Selangor. Kami telah pergi melawati 62 rumah yang terjejas dan 15 telah dikenalpasti memerlukan pembaikan segera,” jelasnya.

Tambahnya, penduduk yang mendiami perumahan ini tidak perlu risau kerana selepas pembaikan dan penggantian dilaksanakan, keadaan akan lebih baik serta tiada kejadian buruk seperti renjatan elektrik atau seumpamanya akan terjadi.

“Kekemasan tugasan yang baik telah dilaksanakan dan perkara ini merupakan elemen utama yang akan dititikberatkan,” ujarnya lagi.

Ini merupakan satu inisiatif yang unik oleh USM dan antara pembaikan yang telah dijalankan dalam operasi selama dua hari itu adalah usaha penggantian Soket outlet sebanyak 58 unit; Suis 1G/2G/3G/4G sebanyak 13 unit; ELCB 1 unit; MCB 10A sebanyak 5 unit; dan MCB 20A sebanyak 8 unit.

Sementara itu, Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan memuji inisiatif yang telah direncanakan ini dan menyeru agar USM dapat terus memberi bantuan yang berimpak tinggi dari segi kepakaran tertentunya untuk masyarakat yang terjejas akibat bencana baru-baru ini.

Penglibatan pertama USM tempoh hari dalam membantu mangsa-mangsa banjir adalah misi pembersihan kawasan serta rumah kediaman dan bangunan sekolah yang terkesan banjir membabitkan usaha bersama BHEPA, MPPUSM, Pusat Islam, Alumni USM dan beberapa lagi PTj.

USM APEX: Kita akan terus MEMIMPIN.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: Mohd Salmi Ismail

  • Created on .
  • Hits: 867

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024