USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM ZAHIR UCAPAN ULANGTAHUN KE-73 TYT YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2022

tyt6

USM PULAU PINANG, 8 Januari 2022  Seluruh warga Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menzahirkan ucapan selamat ulangtahun kelahiran kepada TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Warga USM melalui Naib Canselornya, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan mendoakan semoga Tun dilanjutkan usia, dilimpahkan rahmat olehNya buat Tun, dan Negeri Pulau Pinang supaya terus maju dan sejahtera di bawah naungan TYT Tun.

Ahmad Fuzi, 73, merupakan seorang anak jati Pulau Pinang yang berasal dari Sungai Bakap dan beliau menyertai perkhidmatan diplomatik dan pentadbiran seawal tahun 1972, dan pernah juga berkhidmat di pelbagai jawatan termasuk Ketua Setiausaha di Kementerian Luar Negeri sehingga tahun 2009.

Kampus Induk USM yang terletak di Pulau Pinang merupakan salah satu institusi Pengajian Tinggi Awam yang tersergam indah di Pulau Mutiara ini.

Pada April tahun lalu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, berkenan mengurniakan Watikah Pelantikan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-PertuaNegeri (YDP) Pulau Pinang kelapan kepada Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, di Istana Negara.

Pelantikan Fuzi yang merupakan bekas diplomat itu berkuat kuasa pada 1 Mei 2021  sehingga tempoh penggal empat tahun bagi menggantikan Tun Abdul Rahman Abbas yang telah berkhidmat mencurah bakti selama 20 tahun sebagai TYT.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Infografik: Ebrahim Abdul Manan  

  • Created on .
  • Hits: 1600

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024