MENTERI PENGAJIAN TINGGI BERTEMU SUKARELAWAN USM DI TEMERLOH
MENTAKAB, PAHANG, 3 Januari 2022 – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad hari bertemu sukarelawan Universiti Sains Malaysia (USM) yang membantu pembersihan rumah-rumah mangsa banjir di Rumah Pangsa Jalan Karak (1&2) di sini.
Beliau bersama-sama Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Profesor Datuk Dr. Husaini Omar; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Dr. Mohd Zabri Yusoff dan Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik, Profesor Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil melapangkan masa bersama-sama pelajar melakukan khidmat sukarela.
Ketibaan mereka disambut Penolong Pendaftar Kanan selaku Ketua Sukarelawan USM, Sheilawanis Abdul Karim; Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar USM, Ct Faizah Abdul Rahman; dan mantan Yang Dipertua MPPUSM dan Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) Amir Asyraf Saberi.
Noraini mengucapkan penghargaan atas usaha dan sokongan Sukarelawan USM dalam menjayakan misi tersebut.
Seramai 70 orang sukarelawan pelajar dan staf USM mengambil bahagian dalam misi dua hari itu.
Pada minggu lalu, Sukarelawan USM turut mengambil bahagian dalam misi yang sama di Shah Alam Selangor.
Sumber: Facebook Mohamad Abdullah (Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM)
- Created on .
- Hits: 527