USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM BANTU RAKYAT TERKESAN BANJIR DI TEMERLOH BERSAMA KPT

TEMERLOH, PAHANG, 4 Januari 2022  Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan banjir secara berperingkat akan berlaku di 10 daerah di Pahang mulai 31 Disember 2021, susulan amaran hujan berterusan peringkat bahaya (merah)yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

B2B0450A 383D 42BB 9AFC F6CA81925789

JPS menerusi hantaran di Twitter baru-baru ini memaklumkan 10 daerah berkenaan meliputi Kuantan, Rompin, Pekan, Bera, Maran, Jerantut, Temerloh, Lipis, Raub dan Bentong.

Atas sebab berkenaan, sejumlah hampir 70 orang sukarelawan daripada kalangan pelajar dan staf Universiti Sains Malaysia (USM) telah menyertai Misi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam memberi bantuan kepada mangsa banjir di Temerloh Pahang pada 3 dan 4 Januari 2022.

7B46EB38 7CAA 4F88 9EA2 F45F3089BC70

Pada hari pertama itu, kesemua sukarelawan  mengambil bahagian dalam aktiviti pembersihan pasca banjir di Flat Bukit Bendera yang dinaiki air yang agak membimbangkan sehingga ke paras pinggang.

Rata-rata sukarelawan USM yang menyertai misi ini menganggap ini adalah satu bentuk tanggungjawab sosial yang dapat dihulurkan kepada rakyat apabila ditimpa musibah sebegini dan merupakan satu nilai yang sentiasa diterapkan oleh USM iaitu “kesukarelawanan”.

Pasukan sukarelawan ke Temerloh ini diketuai oleh Penolong Pendaftar Kanan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA), Sheilawanis Abdul Karim yang turut disertai bersama oleh 10 pelajar daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM yang dipimpin oleh Yang Dipertuanya, Ct Faizah Abd Rahman.

40F5BCB8 3C20 46E7 A2F7 F4ABE81CECA1

Baru-baru ini USM juga telah menggerakkan misi bantuan ke negeri Selangor dalam membantu rakyat yang terjejas akibat bencana yang mula berlaku pada pertengahan Disember 2021 yang lalu.

Rakyat perlu sentiasa peka dan meneliti maklumat terkini yang dikeluarkan oleh MET Malaysia melalui kemaskini di laman sesawangnya serta mengikuti setiap arahan daripada pihak berkuasa tempatan.

00D31887 D67F 40F1 9852 690C2E20C615

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: Video dalam FB En. Mohamad Abdullah (Timbalan Pendaftar Kanan, BHEPA USM)

  • Created on .
  • Hits: 572

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024