USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM SUMBANG KEPAKARAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MALDIVES

usmmaldives1

PULAU PINANG, 23 Jun 2013 - Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP) akan menyumbangkan kepakaran kepada Maldives melalui penandatanganan persefahaman dengan Kementerian Pendidikan Republik Maldives yang diwakili menterinya, Dr. Asim Ahmed. Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman menandatangani bagi pihak USM disaksikan oleh Dekan PPIP, Prof. Dr. Abdul Rashid Mohamed.

Tujuan perjanjian ini adalah untuk membolehkan kepakaran USM digembleng untuk membawa kepakaran pembelajaran dalam teknologi maklumat dimanfaatkan di sekolah-sekolah Maldives dalam mencari kaedah terbaik pembelajaran untuk pelajar sekolah masa kini yang semakin tertumpu kepada teknologi maklumat.

DSC 0331

Menurut Omar, usahasama ini tidak tertumpu kepada kepakaran di dalam bidang teknologi maklumat sahaja malah akan dikembangkan ke bidang-bidang lain seperti perubatan dan juga sains. 

“Pengalaman yang kami ada akan dikongsi dan dikembangkan ke negara-negara luar seperti Maldives untuk menjadikan penyelidikan lebih relevan pada masa akan datang,” jelas Omar.

Asim berkata, pihaknya akan fokus kepada penubuhan pusat penilaian (Assessment Centre) di mana dapat meningkatkan kualiti pembelajaran dan peratusan pendaftaran persekolahan di Maldives. 

“Kerjasama yang wujud sejak tahun 2007 melihatkan peningkatan jumlah pelajar Maldives di USM dan dengan penandatanganan persefahaman ini, diharap  lebih ramai pelajar dapat peluang pembelajaran di USM khasnya dan Malaysia amnya,” tambah Asim yang juga mengadakan lawatan rasmi di Pulau Pinang sejak Jumaat lalu.  

usmmaldives2

Persefahaman ini merangkumi lima bidang iaitu pembangunan profesional, penganjuran kursus pendek, pertukaran program akademik, perkongsian pakar dan juga pembangunan pengajian tinggi oleh kedua-dua institusi. 

 DSC 0022

DSC 0003

Majlis penandatanganan ini diadakan di Bilik Persidangan Canselori, USM dan juga dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor, Bahagian  Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa Prof. Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal dan juga ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti. Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Fairus Md Isa. 

  • Created on .
  • Hits: 1603

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024