USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TIGA PENERIMA PINGAT EMAS DIRAIKAN BHEPA USM

USM PULAU PINANG, 13 Disember 2021 – Bersempena dengan upacara Konvokesyen ke-58 Universiti Sains Malaysia (USM), Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) USM telah meraikan tiga orang graduan penerima Anugerah Pingat Emas Utama di majlis makan tengah hari baru-baru ini.

CAE20EE7 01EC 42A0 8A19 7CA6526AC52B

Majlis yang ringkas tetapi penuh bermakna itu dilangsungkan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Dekan Pusat Pengajian Sains Fizik, Profesor Dr. Abdul Razak Ibrahim memperkenalkan penerima Anugerah Pelajaran Diraja, Muhammad 'Izzat Mohd Zubir yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik) dengan Kepujian, dengan major Fizik Tulen dan minor Astronomi.

14131A2A 8040 4EC2 A9A9 5E5F93CD7812

Seterusnya, pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian Matematik, Nur Anati Mahmud Sabri, telah dipilih sebagai pemenang Hadiah Pingat Emas USM pelajar wanita tahun akhir terbaik dalam semua lapangan, yang mana ianya dihadiahkan oleh Persatuan Wanita USM, dan diperkenalkan oleh Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Sains Matematik, Profesor Madya Dr. Lee See Keong.

5E43655B 8B27 4CA8 9F31 A743FA4C4704

Hadiah Pingat Emas USM pelajar tahun akhir terbaik dalam sukan sumbangan Profesor Dato’ Indera Dr. Rosihan Mohamed Ali, jatuh ke tangan Ong Hooi Fen yang telah menamatkan pengajiannya dengan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan, major Kewangan dan minor dalam Teknologi Maklumat.

1545AF84 54E7 4856 9E4B 17331F71033C

Wakil penerima Anugerah Pingat Emas Universiti, Muhammad Izzat dalam ucapannya berkata, Hadiah Pingat Emas Majlis Raja-raja Malaysia adalah pingat yang sangat berprestij dan beliau tidak menyangka akan tercalon dan memenangi pingat itu.

“Proses pembelajaran itu sentiasa berjalan; walaupun kita telah menerima skrol  ijazah, tapi proses pembelajaran tidak akan tamat dengan skrol ijazah, ia akan terus berlaku dan berlangsung walaupun di luar pagar universiti,” katanya yang kini bekerja sebagai Penganalisis Pasaran Kripto.

Tambahnya lagi, beliau amat bersyukur dan gembira di atas pencapaian itu dan beliau berpesan bahawa alam pekerjaan merupakan satu alam yang mencabar dan kita perlu berusaha untuk menghadapi cabaran tersebut dan jangan berputus asa.

Bagi Nur Anati yang kini sedang bekerja sebagai guru tuisyen, dia berasa amat gembira dan bersyukur kerana pada awalnya dia tercalon dalam Anugerah Hadiah Pingat USM Pelajar Wanita Tahun Akhir Terbaik Dalam Semua Lapangan dan setelah itu, dia dianugerahkan pingat tersebut.

Bekerja sebagai Konsultan Teknologi, Hui Fen berkata, beliau berasa amat bangga dan gembira kerana terdapat atlet lain yang mewakili negara juga yang tercalon untuk anugerah itu.

“Walaupun saya sibuk bekerja, saya akan terus bermain sukan softball dan menjadi wakil negeri walaupun kekurangan pertandingan akibat wabak penyakit COVID-19.

“Pesanan saya buat semua atlet agar terus berusaha dan jangan putus asa hanya kerana faktor situasi semasa, dan pelajaran juga perlu diutamakan,” katanya.

Majlis juga meraikan graduan yang tidak dapat hadir iaitu penerima Anugerah Pelajaran Diraja oleh Majlis Raja-Raja kepada pelajar terbaik dalam segala lapangan (Pingat Jaya Cemerlang) Tan Meei Fen, graduan Sarjana Muda Ekonomi; penerima Hadiah Pingat Emas USM Pelajar Kelainan Upaya (PKU) tahun akhir terbaik Ng Wey Kean, graduan Sarjana Muda Sains Komputer; dan Hadiah Pingat Emas Naib Canselor Pemimpin Pelajar Cemerlang kepada pelajar tahun akhir terbaik dalam segala lapangan, Muhammad Mujaahid Mohd Amin, graduan Doktor Perubatan.

Turut hadir sama ke majlis tersebut adalah Pro-Canselor USM, Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan; Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Dato’ Dr. Awang Adek Hussin; Naib Canselor USM, Profesor Dato' Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan; ahli-ahli Lembaga Gabenor USM; Timbalan-Timbalan Naib Canselor dan ahli-ahli Senat universiti.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Mohd Fairus Md Isa & Muhammad Fikri Omar (BHEPA)

  • Created on .
  • Hits: 2504

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024