USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SELAMAT TAHUN BARU 2022 BUAT SEMUA: NAIB CANSELOR USM

USM PULAU PINANG, 1 Januari 2022  Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan mewakili kepimpinan tertinggi universiti mengucapkan Selamat Tahun Baru 2022 kepada seluruh warga USM, alumni dan para pemegang taruh serta pihak yang bersama-sama dengan USM selama ini.

WhatsApp_Image_2021-12-21_at_07.19.09.jpeg

“Marilah kita bersama-sama meraikan sambutan tahun baru ini dengan penuh kasih sayang, hormat-menghormati dan menggunakan sepenuhnya sambutan ini untuk mengukuhkan lagi kerjasama dan keakraban yang telah terjalin selama ini,” kata Faisal Rafiq.

Katanya lagi, apa pun yang kita laksanakan, janganlah lupa mereka yang bernasib tidak baik dan ditimpa musibah terutamanya rakan-rakan dan seluruh umat manusia yang berhadapan detik kesukaran akibat bencana yang berlaku serta sentiasalah bersyukur dengan segala nikmat yang kita kecapi selama ini.

“Jangan mengambil mudah dengan apa yang terjadi dan sentiasa menghulurkan bantuan bagi meringankan beban semua.

“Tanam azam di tahun baru ini dengan memperkasakan kesejahteraan masyarakat, agama dan negara serta sentiasa berusaha gigih untuk memelihara dan memberikan sumbangan yang maksimum untuk kelangsungan USM,” tambah Faisal Rafiq lagi.

Naib Canselor juga mengharapkan tahun baharu ini akan membawa lebih lagi kesejahteraan, kesempurnaan dan kecemerlangan kepada semua, apatah lagi kepada Universiti.

“Jadikan 2021 yang telah dilalui sebagai satu titik tolak untuk kita terus bersama-sama sebagai satu pasukan yang kuat dalam menghadapi segala cabaran dan merealisasikan segala amanah dan tanggungjawab yang akan diharungi pada tahun 2022,” katanya lagi.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1642

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024