USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MPPUSM IKRAR TERUS BANTU PELAJAR

USM PULAU PINANG, 23 Disember 2021 – Barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPPUSM) bagi sidang akademik 2021/22 yang dipilih diingatkan supaya menggalas amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin.


F0710756 ED1B 40E6 840F 0BD54D82EDF5Saranan itu dibuat Naib Canselor USM, Profesor Dato
 Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan pada Majlis Penyerahan Watikah dan Lafaz Ikrar MPPUSM sidang akademik 2021/2022, baru-baru ini.

Faisal Rafiq berkata, barisan kepimpinan MPPUSM juga seharusnya mempunyai visi dan misi yang jelas dalam menjadi nadi penggerak utama mahasiswa di universiti ini.

DA735B23 0038 47CE B4D5 8A58CB84DD51

"Di samping itu, mereka juga perlu mengenepikan perbezaan ideologi dan persengketaan bagi mengukuhkan USM sebagai universiti terbaik di negara ini.

"Saya ingin merakamkan penghargaan kepada mantan YDP (Yang Dipertua) MPPUSM 2019-2021, Amir Asyraf Saberi dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan MPP, Muhammad Amirul Faiz Hussin kerana berjaya melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan baik sekali," katanya.

Faisal Rafiq dalam ucapannya turut menyeru MPPUSM supaya memperbanyakkan persidangan akademik melibatkan Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dari seluruh negara.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Aldrin Abdullah; Pendaftar USM Dr. Musa Ali; Bendahari USM, Haji Kamarul Ariffin Ngah serta dekan-dekan pusat pengajian.

FED9FCF7 739D 4796 998F 4F5A7119C93E

Pada majlis itu juga, CT Faizah Abdul Rahman dipilih sebulat suara sebagai YDP MPPUSM 2021-2022 dalam pemilihan yang dipengerusikan oleh Aldrin.

8C5EEB20 DC5A 40DF 8566 10AD1B2427C0

Sebagai rekod, CT Faizah menjadi wanita kedua yang dipilih sebagai YDP MPPUSM, mengikut jejak langkah Fatimah Sham Hamid menjadi mahasiswi pertama dipilih sebagai YDP MPPUSM pada era 70-an.

QK4A1943

Sementara itu, Aldrin dalam ucapannya turut menyeru barisan kepimpinan MPPUSM agar menjadi kumpulan pemimpin pelajar yang mempunyai nilai 'HEBAT' iaitu Holistic, Entrepreneurial, Balanced, Articulate dan Thinking.

“Nilai ‘HEBAT’ ini perlu ada dalam diri setiap barisan kepimpinan MPPUSM untuk bersama-sama memacu universiti ke arah kecemerlangan," katanya.

Dalam pada itu, CT Faizah pula dalam ucapannya berikrar untuk bersama-sama kepimpinan USM dalam usaha terus menjadikan USM sebagai universiti terunggul di negara ini.

Antara barisan kepimpinan pelajar baharu MPPUSM Sidang Akademik 2021/2022:

  • YANG DI-PERTUA - Ct Faizah Binti Abdul Rahman
  • NAIB YANG DI-PERTUA I - Mohamad Yusof Tashfin Bin Musa
  • NAIB YANG DI-PERTUA (KAMPUS KEJURUTERAAN) - Farah Zahidah Binti Abd Halim
  • NAIB YANG DI-PERTUA (KAMPUS KESIHATAN) - Harith Marwan Bin Ahmad Nazari
  • NAIB YANG DI-PERTUA II - Muhammad Ajri Bin Roslan
  • NAIB YANG DI-PERTUA III - Kottham Lakshman A/L Selasundram
  • SETIAUSAHA AGUNG - Dania Binti Ridzlon
  • SETIAUSAHA KERJA - Nur Ayuni Binti Salim
  • BENDAHARI KEHORMAT - Zakuan Nafis Bin Mohd Yahaya
  • PENGERUSI IPS - Syed Ahmad Aidil Adha Bin Said Mad Zain

Teks: Mohamad Hafiz Asyraf Mohd Arop /Sumber: Facebook Mohamad Abdullah (Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM) & Ct Faizah Abdul Rahman (YDP MPPUSM)/ Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 658

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024