USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELANCARAN LAMAN SESAWANG BAHARU USM: LEBIH CERIA DAN BERINFORMASI

USM PULAU PINANG, 23 Disember 2021 – Universiti Sains Malaysia (USM) telah melancarkan laman sesawang baharu yang dinaiktaraf dari versi Joomla 3.0 ke versi Joomla 4.0, hasil cetusan idea Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti, Dato’ Dr. Awang Adek Hussin yang juga merupakan penggerak utama kepada keberhasilan laman sesawang yang baharu itu.

Dalam majlis pelancaran serba ringkas di sini tengah hari tadi, Timbalan Naib Canselor Kelestarian dan Pembangunan Institusi merangkap Ketua Pegawai Maklumat USM, Profesor Dr. Md. Roslan Hashim berkata, perancangan laman sesawang baharu ini merupakan satu medan yang penting dalam konteks dunia, yang mana ia diperhatikan di bawah satu webometric.

065574CB 2472 4572 A6D7 2EC16862DAEA

“Laman sesawang baharu ini ialah satu inisiatif untuk universiti mempertingkatkan kedudukannya di Malaysia, yang mana USM berada pada kedudukan ke-563 di dunia, sebagai antara yang terbaik di Asia, selain sebagai perbandingan dengan National University of Singapore (NUS) yang berada pada kedudukan ke-49.

“Masih jauh untuk kita cuba menandingi dari segi webometric, yang mana antara parameter yang diukur adalah laman sesawang kita perlu sentiasa cergas, ceria, pantas dan padat dengan maklumat; kita akan lihat semula ruang mana yang perlu diperbaiki dan melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa,” tambah Md. Roslan.

Menurut Md. Roslan lagi, laman sesawang USM perlu berada pada kedudukan yang terbaik untuk menyokong USM agar berada di persada dunia dengan bercirikan templat yang kemas, ceria, berinformasi dan pantas mengikut susun atur yang sudah diperbaiki.

Dalam majlis tersebut, Awang Adek menandatangani plak sebagai simbolik kepada majlis pelancaran laman sesawang baharu USM itu.

2DCA620E 0F50 4DD2 99EC 1A87A9A63590

Turut hadir ialah Pro-Canselor USM, Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan; Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan; ahli-ahli lembaga gabenor USM dan pegawai-pegawai utama universiti.


8F12F87B 23EF 46E1 ADB0 B309A5BFDF43Teks:
Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 463

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024