USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MPPUSM SANTUNI MAHASISWA TERJEJAS BANJIR

7c76e055 595b 4100 95fb 790c5b6be8bf

KLANG, SELANGOR, 24 Disember 2021 – Majlis Perwakilan Pelajar USM (MPPUSM) yang menyertai misi Sukarelawan USM membantu mangsa banjir mengambil kesempatan mengunjungi rumah-rumah mahasiswa yang terjejas oleh banjir.

Menurut Yang Dipertuanya CT Faizah Abdul Rahman, rumah pertama yang mereka kunjungi hari ini ialah Intan Lyana Binti Zaabah di Jalan Rajion Kampung Baru 1, Batu 7, Jalan Kebun Selangor, yang merupakan pelajar Sains Kesihatan dari Kampus Kesihatan Kubang Kerian.

5ef0883b ce12 444b 9596 e60d227db122

Mereka juga mengunjungi rumah pelajar Sains Kemasyarakatan, Shahidah Izwani Binti Salim di Jalan Restu 6, Taman Sri Putri, Meru Klang; pelajar Sains Kajihayat, Nurul Shuhada Binti Ramli di Jalan Nenas Madu KU/10, Pangsapuri Impian Meru, Persiaran Gamzag Alang, Klang; dan rumah pelajar Sains Matematik, Low Xue Yuan di Jalan Sungai Keramat 13, Taman Klang Utama, Klang.

Pagi ini juga mereka sempat mengunjungi rumah pelajar Pengurusan, Raemathy A/P Murthy di Jalan Zapin 5C, Bandar Bukit Raja, Klang.

"Dalam kunjungan tersebut kami bertanya khabar dan mendapatkan maklumat kesan banjir kepada mereka serta memberi sokongan moral untuk mereka dan keluarga tabah mengharungi ujian ini," kata CT Faizah.

Tambahnya, "pengalaman ini amat berharga sebab berpeluang melihat dan merasai sendiri kesan bencana ini kepada sahabat-sahabat kami."

Dua rumah lagi yang dikunjungi pada waktu pagi ialah rumah pelajar Komunikasi, Nirmalan A/L Mohan di Jalan Indah 3, Taman Seri Awana Klang; dan rumah pelajar Teknologi Industri, Nurul Ainina di Jalan Hj Othman Lama, Rantau Panjang Klang.

70a6b313 7525 46cf b837 cb05907a5b7d

Sebelah petangnya mereka mengunjungi rumah pelajar Pusat Pengajian Bahasa, Terjemahan dan Literasi, Nur Aqilah di Jalan Rawai 19/41, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor; pelajar Sains Kesihatan, Prasanthi A/P Murthy di Jalan Selar 17/26, Seksyen 17, Shah Alam; dan pelajar Ilmu Pendidikan, Syed Iman Kholish Bin Syed Roslem di Jalan Jelawat Satu, 17/1A Seksyen 17, Shah Alam.

Yang menyertai misi MPPUSM ialah Yang Dipertuanya CT Faizah Abdul Rahman; Naib Yang Dipertua 1, Mohamad Yusof Tashfin Musa; Naib Yang Dipertua 2, Mohamad Ajri Roslan; Setiausaha Agong, Dania Rudlon serta Exco Mohammed Zharif Ashrani Mohamed Alias dan Nurul Aisyah Syafiqah Ahmad Razlan.

bcc0cad6 0c5b 4ef7 b593 3ed546b004e9

Turut bersama mereka ialah Penolong Pendaftar Kanan BHEPA, Sheilawanis Abdul Karim dan Pegawai Kebudayaan Kanan, Nor Aza Abd Aziz.

Teks: Mohamad Abdullah (Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM)

  • Created on .
  • Hits: 530

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024