USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

157 ORANG SUKARELAWAN SERTAI MISI MEMBANTU MANGSA BANJIR DI SELANGOR

dfyrgdf

USM PULAU PINANG, 23 Disember 2021  Seramai 157 orang sukarelawan USM yang terdiri daripada 122 orang pelajar dan 35 orang staf termasuk pasukan perubatan menyertai misi membantu mangsa banjir di Selangor, yang bertolak pada awal pagi ini.

Turut hadir di Padang Kawad kampus induk di sini ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, Profesor Dr. Aldrin Abdullah yang memberi taklimat dan titipan kata-kata semangat sebelum melepaskan mereka menaiki bas USM ke beberapa lokasi terjejas yang dikenal pasti di Selangor.

Katanya, misi bantuan berkenaan akan fokus kepada kerja-kerja pembersihan dan memberikan bantuan keperluan asas harian kepada mangsa banjir termasuk keluarga pelajar USM yang terkesan dengan bencana ini.

"Inilah konsep keserakanan yang selalu diterapkan dalam warga universiti, sentiasa bersedia untuk berbakti kepada masyarakat,” kata Aldrin, yang turut mengingatkan semua sukarelawan untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi sepanjang masa bagi mengekang penularan COVID-19.

Rombongan misi bantuan turut membawa peralatan untuk membantu kerja-kerja pembersihan serta bantuan sumbangan berupa keperluan asas harian daripada Persatuan Alumni USM dan warga kampus.

Turut menyertai misi ini ialah beberapa orang ahli barisan kepimpinan baharu Majlis Perwakilan Pelajar USM bagi sidang akademik 2021/22.

Doakan mereka semua selamat pergi dan kembali dalam usaha murni ini.

Teks: Tan Ewe Hoe/Sumber: Facebook Mohamad Abdullah (Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM)

  • Created on .
  • Hits: 539

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024