USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ADAPTOR MESIN RUMPUT CIPTAAN PENYELIDIK PPKM-RISDA KURANGKAN 70% GETARAN DAN RISIKO JANGKITAN HAVs

HULU PERAK, 30 November 2021 – Kerjasama sekumpulan penyelidik daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik (PPKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berjaya mencipta adaptor atau penyesuai mesin rumput yang dapat mengurangkan 70% getaran ketika menggunakannya.

B0074A5C EFF3 4C7D 8523 153BD968309F

“Selain berkeupayaan mengurangkan getaran semasa digunakan, mesin tersebut juga akan dapat mengelakkan risiko dijangkiti penyakit Hand-arm Vibration syndrome (HAVs),” kata ketua projek Dr. Ahmad Zhafran Ahmad Mazlan.

Menurut Zhafran, pada awal kajian, projek dengan nama penuh Universal Suspended Handle Adaptor for Petrol Engine Grass Trimmer to Reduce the Hand-Arm Vibration Among RISDA Smallholders and Workers ini dikhususkan kepada pekebun kecil RISDA sahaja.

Namun demikian, beliau menyatakan bahawa ciptaan tersebut boleh digunapakai dan terbuka untuk dipasarkan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai keperluan untuk menggunakannya terutamanya dalam kalangan pengguna-pengguna mesin rumput.

“Kajian ini telah dijalankan selama setahun iaitu sejak Oktober 2020 hingga September 2021 dengan jumlah kos RM115,350 yang dibiayai sepenuhnya melalui Geran Malaysia Social Innovation (MySI) oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI),” kata beliau.

“Idea asal di sebalik ciptaan ini pula adalah milik Profesor Dr. Zaidi Mohd Ripin dan sekumpulan penyelidik daripada TheVibrationLab, PPKM USM yang melihat potensi serta keperluan untuk membangunkan projek ini pada tahun lepas,” tambah Zhafran.

BC42CE66 ECCA 47BF 8314 09843F7BE5C5

Zhafran turut memaklumkan bahawa baru-baru ini, beberapa adaptor mesin rumput ini telah mula diserahkan kepada sebilangan pekebun kecil daripada kawasan ladang getah pekebun kecil RISDA di beberapa daerah di Perak iaitu Hulu Perak, Taiping dan Kuala Kangsar.

“Saya berharap dengan adanya adaptor ini, para pekebun kecil RISDA dapat menggunakan mesin rumput dengan lebih selesa bagi urusan penjagaan kebun getah mereka dan mengurangkan risiko kepada penyakit yang berkaitan dengannya pada masa akan datang,” katanya lagi.

C206FA09 4AF8 43BE 8569 D8F11CBAA474

Selain daripada beliau, penyelidik-penyelidik lain yang terlibat dalam projek penyelidikan ini adalah:

  • Pensyarah PPKM: Profesor Dr. Zaidi Mohd Ripin dan Dr. Ooi Lu Ean
  • Pegawai Penyelidik PPKM: Wan Mohd Amri Wan Mamat Ali dan Baharom Awang
  • Pembantu Penyelidik PPKM: Mohamad Syazwan Md Isa
  • Pegawai RISDA Daerah Hulu Perak: Mohd Zulkhairi Mohd Radzi
  • Pegawai RISDA Daerah TaipingNoor Azizah Yusop
  • Pegawai RISDA Daerah Kuala KangsarAzlina Mislan

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Ihsan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik

  • Created on .
  • Hits: 447

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024