USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SEKRETARIAT ALUMNI JOHOR DITUBUH

usmjoho1

JOHOR BAHARU, 21 Jun 2013 - Seramai tujuh orang alumni dipilih sebagai sekretariat alumni Johor yang diketuai oleh Khairull Azmi Ishak, graduan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.

Beliau yang bertugas di Universiti Teknologi Malaysia menyambut pemilihan tersebut dan berharap dapat menjalankan aktiviti-aktiviti untuk alumni di sini.

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Prof. Dato' Dr. Omar Osman berkata perjumpaan seperti ini bukan sahaja untuk mengenali antara satu sama lain malah dengan tujuan lain seperti pencarian alumni yang dapat menyumbang kembali kepada alma mater.

usmjoho2

"Pada masa ini aktiviti alumni akan tertumpu kepada alumni berdasarkan kursus, negeri malah negara berbanding dahulu secara umum," kata Omar dalam majlis sederhana yang diadakan di Hotel Grand Sentosa, Johor Bahru.

Selain Khairull, alumni yang hadir terdiri daripada pelbagai kursus pengajian dan yang paling senior bergraduasi pada tahun 1984. Mereka bersedia bekerja dan membantu antara satu sama lain samada daripada segi karier ataupun pembangunan alumni.

P6210514

Turut hadir, isteri Naib Canselor, Datin Noraizan Jamaludin dan Pengarah Pejabat Pemajuan dan Perhubungan Alumni, Mohamad Abdullah.

Senarai penuh sekretariat adalah seperi berikut:-

PRESIDEN              : KHAIRULL AZMI ISHAK ( ILMU KEMANUSIAAN '96)

TIMB. PRESIDEN : MOHD ALI MOHD SALLEH (PBP '89)

SETIAUSAHA         : NG KEE CHONG (KIMIA '94)

BENDAHARI           : VIVIAN CHIA SU YEI ( SAINS KEMASYARAKATAN '00)

AJK                           : TUAN NURUL SYUHADA WAN AB AZIZ (PENGURUSAN'09)

AJK                            : MOHD ALIFF MD SHANUSI ( PENGURUSAN '09)

AJK                             : ROMIKORONALDO EDY BASIRMAN (ILMU KEMANUSIAAN '10)

Teks dan foto : Cik Nor Rafizah Md Zain. 

  • Created on .
  • Hits: 1519

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024