USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PEMAIN INDUSTRI AT&S TINJAU POTENSI KERJASAMA BIDANG KEJURUTERAAN

NIBONG TEBAL, 4 Disember 2021 – Lawatan industri dari Syarikat AT&S atau Austria Technologie & Systemtechnik Aktiengesellschaft ke Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (PPKBSM), Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini membuka peluang kerjasama kedua-dua pihak terutamanya dalam bidang kejuruteraan.

8123D89E 36D1 4E8B AF06 4338E99B8D3C

Dekannya, Profesor Madya Ir. Dr. Syed Fuad Saiyid Hashim menyatakan bahawa kunjungan ini diharap akan mewujudkan maklum balas serta perkongsian yang bermanfaat kepada kedua-dua belah pihak terutamanya pusat-pusat pengajian yang terlibat seperti PPKBSM, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE) dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik (PPKM).

C04DB87F DC7B 4927 919C E6E3AEFCBCF1

Malah, sepanjang perbincangan berlangsung, beliau dan Dekan PPKEE, Profesor Ir. Dr. Mohd Fadzil Ain turut menyatakan keterbukaan pusat pengajian untuk cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh AT&S terutamanya berkaitan permohonan untuk mengadakan latihan dan kursus jangka pendek bagi kakitangan mereka pada masa akan datang.

Selain itu, Syed Fuad turut berkongsi akan kesediaan kampus dalam memenuhi keperluan tenaga kerja industri seperti AT&S melalui tiga buah pusat pengajian yang terlibat dengan kapasiti graduan serta jurutera seramai 540 orang bagi setiap sesi kemasukan.

F64EFB42 E0AA 4542 A87F 120EC74047F7

Menurut Ketua Bahagian Pembelajaran dan Pembangunan AT&S, Rene Spielmann, di sebalik objektif utama kunjungan, pihak syarikat juga mensasarkan kepada peluang untuk membina sokongan dalam kalangan mereka yang berpotensi terutamanya universiti serta pusat latihan.

Rene turut menyatakan bahawa perkara utama yang menjadi titik fokus syarikat pada waktu ini adalah pembangunan bakat serta penyelidikan dan pembangunan (R&D), justeru lawatan pihak AT&S ini diharap dapat diterjemahkan kepada penawaran peluang pekerjaan yang dapat dipenuhi oleh graduan-graduan Kampus Kejuruteraan pada masa akan datang.

C0C1E3BF 1A6E 496C 8D2F C83BA731CBAD 

Turut hadir adalah Pengurus Program Penyelidikan Perhubungan R&D AT&S, Dr. Guenther Maie; dan Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Bakat Industri dan Ekspatriat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Muhammad Amir Zainal Abidin.

F126EA43 BEA3 4322 8E68 9EA532421F10

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 552

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024