USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

84 STAF KATEGORI B40 KAMPUS KEJURUTERAAN TERIMA SUMBANGAN TABLET

DSC 1653n

NIBONG TEBAL, 17 November 2021 – Seramai 84 orang staf Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) kategori pendapatan isi rumah B40 yang mempunyai anak berumur 7 hingga 12 tahun terima sumbangan tablet di sini hari ini.

Namun demikian, majlis penyerahan yang diadakan di Bangunan Pentadbiran ini dihadkan kehadirannya kepada 23 orang penerima sahaja demi memastikan pematuhan yang ketat kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa.

DSC 1573

Menurut Pengarah Kampus, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria, sumbangan ini merupakan satu inisiatif Strategik USM Tahun 2021: Talent Management and Staff Wellbeing yang di bawah seliaan Pendaftar.

“Ini jelas menunjukkan bahawa kita di universiti amat menitikberatkan hal ehwal kebajikan staf dan pelbagai inisiatif telah, dan bakal dilaksanakan bagi memastikan kebajikan mereka khususnya dalam kategori B40 sentiasa diberi perhatian sewajarnya,” kata beliau.

DSC 1672

“Menyedari akan pentingnya aspek teknologi dalam pelajaran dan pembelajaran untuk mendepani cabaran transformasi digital, sumbangan ini tentunya diharap akan memperkasakan lagi pembelajaran yang lebih sistematik serta interaktif anak-anak staf.

“Malah, kita juga faham cabaran dalam zaman sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang mana bukan semua orang mempunyai kelebihan dari segi kemampuan membeli gajet atau telefon pintar bagi memenuhi permintaan kelas secara dalam talian anak-anak setiap hari,” tambah Azazi.

DSC 1591

“Disebabkan itu, saya percaya pemberian ini akan meringankan beban semua penerima terutamanya yang mempunyai bilangan anak yang agak ramai,” kata beliau lagi.

Di samping itu, Azazi turut menyatakan hasrat untuk melihat inisiatif yang dijalankan ini dimanfaatkan sebaiknya oleh anak-anak penerima di samping menjadi inspirasi kepada staf untuk terus berkhidmat dengan cemerlang di USM.

Majlis turut dihadiri Ketua Penolong Pendaftar, Jabatan Pendaftar selaku urusetia program, Mohd Jalaludin Azizan; Pegawai Tadbir Pejabat Pengarah, Muhamad Sallehuddin Abdul Hamid dan Pengerusi Kesatuan Kakitangan Am USM Kampus Kejuruteraan, Hasnah Hassan.

DSC 1678 1

 

Sumbangan tablet yang sama turut diberikan kepada staf-staf yang berkelayakan (kategori B40) di Kampus Induk, Kampus Kesihatan dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM

  • Created on .
  • Hits: 502

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024