USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL USM PENUH PENGISIAN ILMIAH UNTUK PELBAGAI GENERASI

QK4A2627

USM PULAU PINANG, 17 November 2021 -- Universiti Sains Malaysia (USM) menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul 1443H peringkat universiti yang diadakan di Masjid Al-Malik Khalid baru-baru ini dengan mengangkat tema ‘Warga Rabbani, Universiti Diberkati’.

Perasmian sambutan itu disempurnakan oleh Naib Canselor USM, Profesor Dato' Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan.

Faisal Rafiq dalam ucapan perasmiannya berkata, USM sekali lagi berjaya menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan setiap tahun, namun ia berbeza untuk tahun ini apabila diadakan secara norma baharu iaitu secara dalam talian.

QK4A2623

Katanya, sambutan kali ini amat bermakna dengan bertemakan “Warga Rabbani, Universiti Diberkati" dengan menzahirkan kecintaan kepada Rasulullah SAW sekaligus memartabatkan syiar Islam pada setiap zaman.

“Saya difahamkan bahawa Pusat Islam telah menganjurkan beberapa pertandingan untuk pelbagai generasi, antaranya Khat Challenge, Bedah Buku Atau Filem, Pertandingan Mencari Bilal dan Tik Tok Challenge.

“Saya amat menyokong usaha yang baik ini dalam mencungkil bakat dan kemahiran yang ada dalam masyarakat kita, terutamanya dalam kalangan warga USM dan Qaryah Masjid Al-Malik Khalid, di samping melahirkan rasa cinta dan kasih kepada Rasulullah SAW yang mendalam,” katanya.

QK4A26134

Sementara itu, Pengarah Pusat Islam USM, Ustaz Mohamad Shukri Osman merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan kepimpinan tertinggi USM sehingga membolehkan penganjuran sambutan itu diadakan dengan jayanya.

“Terima kasih kepada semua yang terbabit menjayakan program itu, walaupun terpaksa diadakan secara norma baharu di era pandemik,” katanya.

Program turut diisi dengan ceramah perdana bertajuk ‘Siapa Rasulullah SAW?’ yang disampaikan oleh Ustaz Roslan Che Ros serta forum bertajuk ‘Menjadi Follower Rasulullah SAW’.

QK4A2648f

QK4A2642

Forum yang diadakan secara dalam talian menerusi Facebook Pusat Islam itu menampilkan panelis iaitu PU Riz; Alit E-Sports Profesional, Makdi Gaming serta Penolong Pegawai Pusat Islam USM, Ustaz Muhammad Yazid Mat Johari.

Teks: Mohamad Hafiz Asyraf Mohd Arop/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 571

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024