USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

UPACARA KONVOKESYEN KE-58 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

12B159FB 6741 44A2 9A37 DD4252B2903F

Upacara Konvokesyen ke-58 Universiti Sains Malaysia (USM) akan bermula pada 2 Disember 2021 (Sidang 1) di Istana Arau, Perlis dan diikuti dengan sidang kedua hingga kesepuluh, bermula pada 13 hingga 21 Disember 2021 di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), USM Pulau Pinang.

Upacara Sidang 1 akan melibatkan penganugerahan kepada lima penerima utama iaitu; dua penerima Ijazah Kehormat, dua penerima gelaran Profesor Emeritus dan Emerita serta seorang penerima Pingat Emas Canselor.

Upacara konvokesyen ini akan dilaksanakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Hanya graduan yang lengkap dua dos vaksin sahaja dibenarkan menyertai upacara konvokesyen pada kali ini.

Untuk S2 hingga S10 di DTSP, penganugerahan ijazah-ijazah akan dijalankan secara satu sesi setiap hari.

Pecahan sidang bagi keseluruhan Upacara Konvokesyen ke-58 USM (S2 – S10) akan diumumkan di saluran rasmi USM dalam masa terdekat.

 

SEKRETARIAT UPACARA KONVOKESYEN KE-58 USM, JUMAAT, 12 NOVEMBER 2021

  • Created on .
  • Hits: 546

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024