USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PPKT USM TERIMA PENGIKTIRAFAN LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA (MBOT)

USM, 29 Oktober 2021 - Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengambil initiatif dalam memperkasa kerjaya Teknologi Maklumat ke arah profesionalisme melalui Program Continuing Professional Development (CPD), Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).WhatsApp_Image_2021-10-27_at_13.46.01.jpeg

Demikian ujar Ketua Unit Korporat, Seksyen Korporat dan Latihan, PPKT, Ts. Dr. Zainab Ajab Mohideen yang berkata, melalui program ini, PPKT berhasrat untuk mendapatkan pengiktirafan Program ICT melalui MBOT yang direkabentuk untuk memenuhi keperluan pasaran teknologis serta Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dengan memanfaatkan kepakaran serta kemahiran teknologis di peringkat kebangsaan.

“Hala tuju pelaksanaan Program ini bermula pada Februari 2020 selaras dengan penubuhan Unit Korporat yang di ketuai oleh saya yang ditugaskan untuk melihat skop pentauliahan serta pemasaran Program ICT PPKT secara menyeluruh untuk bisnes IT,” jelasnya.

Tambahnya, halatuju PPKT ke arah pentauliahan ini mendapat mandat dan sokongan daripada Pengarah PPKT, Puan Fa’izah Md Zain serta Timbalan Naib Canselor Bahagian Kelestarian dan Pembangunan Institusi (PKI)/Ketua Pegawai Maklumat (CIO) PPKT, Profesor Dr. Md. Roslan Hashim.

“Pengalaman paling manis dalam penyediaan 'roadmap' serta pelaksanaan proses kerja permohonan ini adalah semua skop kerja, perbincangan serta mesyuarat yang dilaksanakan secara bekerja dari rumah (WFH), sekaligus menanda araskan keberkesanan staf PPKT USM dalam melaksanakan kerja dalam era pandemik secara WFH serta menyahut saranan Naib Canselor, Y.Bhg Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, justeru ianya telah berjaya memberikan hasil serta kejayaan di peringkat kebangsaan,” katanya.

Pada 17 September 2021 yang lalu, PPKT USM telah menerima pelantikan sebagai Approved Training Provider (ATP), Program Continuing Professional Development (CPD), Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dengan petikan kelulusan seperti berikut:

"Dimaklumkan bahawa Lembaga di bawah peruntukan Seksyen 5(c) Akta Teknologis dan Juruteknik 2015 (Akta 768), sukacita dimaklumkan bahawa senarai program daripada pihak Puan telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Kualiti, Latihan dan Pendidikan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) sebagai Continuing Professional Development (CPD) MBOT".

Program ICT PPKT diklasifikasikan dalam bidang Information & Computing Technology (IT), MBOT dan program ICT pertama yang diiktiraf oleh MBOT adalah Power BI Data Analytic yang dikendalikan oleh Encik Mohd Shahanaz Asree, seorang Pegawai Teknologi Maklumat yang bertauliah. Program ini memenuhi keperluan skop pasaran dalam menganalisa data. (Rujukan: URL https://www.mbot.org.my/cpd-assessment/list-of-approved-training-provider-atp/)

Tambahnya lagi, Perancangan bagi tahun 2022 pula menjurus kepada proses permohonan penambahan Program ICT untuk dilaksanakan sebagai Approved Training Provider (ATP) bagi memperkasakan Program ICT serta memenuhi keperluan pasaran, sekaligus sebagai pengiktirafan kepakaran teknologis di USM.

“Dinyatakan bahawa penyertaan Program ICT, PPKT, MBOT ini adalah terbuka. Dengan ini, hebahan juga dilaksanakan dalam laman sesawang serta Facebook USM, PPKT, MBOT dan Perpustakaan dan penyertaan juga terbuka kepada pihak luar USM,” ujarnya.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Infografik: Ebrahim Abdul Manan

  • Created on .
  • Hits: 1056

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024