USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SAINSed USM DAN NCER JALIN KERJASAMA TINGKATKAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN USM

USM PULAU PINANG, 20 Oktober 2021 – SAINSed Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) telah mengambil inisiatif untuk membangunkan bakat berkemahiran tinggi dan penempatan pekerjaan graduan menerusi ‘Advanced Technology Meister Programme’ (ATMP@NCER).

Poster

Untuk merealisasikan kerjasama tersebut, Memorandum Kerjasama (Memorandum of Collaboration, MoC) ditandatangani bersama pihak NCER secara dalam talian pada 15 Oktober 2021.

Sehubungan itu, satu projek rintis dijalankan oleh SAINSed bersama Pusat Pengajian Pengurusan dan pihak industri melalui inisiatif SAINSed PreX (Professional Excellence Programme: Analytics and Sustainability in IR4.0) demi meningkatkan kebolehpasaran graduan USM.

Projek ini turut mendapat kerjasama daripada Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) USM, Pejabat Pembangunan Korporat Strategik USM dan USAINS Holding Sdn. Bhd.

Menurut Ketua Program SAINSed, Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Izzuddin Syakir Ishak, melalui program rintis SAINSed PreX ini, sebanyak 54 komitmen penempatan pekerjaan yang berkaitan permintaan revolusi industri 4.0 (IR4.0) telah diperolehi daripada tiga pemain industri iaitu Sophic Automation Sdn Bhd (47 kekosongan), Elliance Sdn Bhd (4) dan Miyazu (Malaysia) Sdn Bhd (3), dengan purata gaji permulaan sebanyak RM2,700 sebulan.

ncer1

“Antara jawatan yang ditawarkan termasuk pembangun perisian, pembangun AI, pembangun IoT, jurutera pengurusan projek, dan jurutera kualiti,” katanya.  

Tambahnya, kerangka umum program latihan ini adalah berasaskan komponen kognitif dan kompetensi industri.

“Kerangka latihan ini juga akan menjadi asas kepada program SAINSed PreX-PTJ-USAINS-Industri-NCER dalam memperkasa bakat-bakat yang berpotensi pada masa akan datang,” ulas lanjut beliau.  

Menurut beliau lagi, kohort pertama PreX dijadualkan memulakan latihan di antara bulan November dan December 2021,diikuti penempatan pekerjaan di ketiga-tiga syarikat tersebut pada Januari 2022.

Majlis dihadiri Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan.

ncer2

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow; Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Dato’ Abdul Razak bin Jaafar;  Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Jamil Rakon; dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Seri Jebasingam Issace John.

Turut hadir, pengurusan tertinggi NCIA, ketua-ketua jabatan dan agensi serta wakil-wakil dari syarikat industri, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

ncer3

Selain dengan USM, pihak NCIA turut memeterai MoC dengan Collaborative Research in Engineering, Science and Technology Centre (CREST) dalam majlis yang sama, sebagai usaha untuk membangunkan tenaga kerja mampan dan unggul berkaitan dengan landskap perindustrian dan ekonomi rantau ini, sekaligus meningkatkan kedudukan Pulau Pinang sebagai hab teknologi serantau bertaraf dunia.

Teks & Foto: Mohamad Hafiz Asyraf Mohd Arop/Suntingan: Tan Ewe Hoe

  • Created on .
  • Hits: 139899

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024