USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

IPPT USM TERPILIH LAKSANA FIMA LIFESAVERS DAY

USM adalah antara enam IPTA yang terpilih oleh FIMA dan IMAM untuk melaksanakan program FIMA Lifesavers Day 2021, membabitkan 100-200 peserta di IPPT Bertam.

Program ini merupakan projek libatsama komuniti (community engagement) yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat luar mengenai prosedur asas pertolongan cemas (first aid) resusitasi kardiopulmonari (CPR).

IPPT, BERTAM, 7 Oktober 2021 -FIMA Lifesavers Day adalah sebuah projek yang berpusat di London, dianjurkan oleh British Islamic Medical Association (BIMA) bermula tahun 2014. 

WhatsApp Image 2021 10 30 at 20.45.24

Seterusnya ia diteruskan secara global dengan dinaungi oleh Federal Islamic Medical Association (FIMA) dan dilaksanakan pada tarikh yg sama oleh persatuan-persatuan perubatan Islam dari seluruh dunia yang bernaung di bawah FIMA yang diketuai oleh Dr. Muhamad Yusri Musa selaku Presiden FIMA dan juga Pensyarah Perubatan, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia (USM) kampus Bertam.

Pada tahun 2021, program ini telah dilaksanakan secara serentak pada 25 September dan 26 September di Malaysia, Australia, Pakistan, Indonesia, United Kingdom, Uganda dan beberapa lagi negara lain. 

Tahun ini juga merupakan tahun kelapan program ini dianjurkan, dan setiap tahun ia dilaksanakan pada hari Sabtu, minggu terakhir bulan September.

Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk:

  1. Menyatukan komuniti ahli perubatan dalam melaksanakan tugas utama iaitu berkhidmat untuk masyarakat; 
  2. Melihat peningkatan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kes serangan jantung luar daripada pemantauan hospital; dan
  3. Menghadirkan rasa tanggungjawab, kebersamaan dan kemahiran yang diperlukan sekiranya menghadapi situasi kecemasan seperti serangan jantung dan tercekik.

Menurut Muhamad Yusri ketika ditemui di sini, pada tahun 2021, objektif utama adalah untuk memberikan kesedaran tentang kepentingan kita melakukan basic life support(BLS) apabila berhadapan dengan situasi yang memerlukan.

Dan yang kedua tentulah untuk memberi pengetahuan dan sedikit kefahaman tentang bagaimana hendak melakukan BLS supaya ia dapat dilakukan sekiranya terjadi kecemasan yang memerlukan masyarakat dan khalayak ramai untuk cuba melakukan BLS,” katanya.

Jelasnya lanjut, maklumat orang ramai mengenai serangan jantung di hospital masih terhad menyebabkan tahap kesedaran yang rendah dan kadar implementasi resusitasi kardiopulmonari (Cardio-Pulmonary Resuscitation, CPR) dalam kalangan masyarakat umum juga rendah.

“Sebenarnya permulaan teknik CPR dalam 10 minit pertama dapat meningkatkan kadar kelangsungan/kemandirian pesakit serangan jantung,” tambah Muhamad Yusri, seorang Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) di IPPT.

WhatsApp Image 2021 10 30 at 20.45.25

Tahun 2019 merupakan tahun pertama Malaysia menyertai program antarabangsa ini dianjurkan oleh Persatuan Perubatan Islam Malaysia atau lebih dikenali sebagai Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM) bersama dengan rakan-rakan kolaborasi. Bagi Malaysia, IMAM adalah bernaung dibawah FIMA.

Ianya telah dilaksanakan di Masjid Negara dan Masjid Jamek Kampung Baru, dan pihak persatuan telah mendapat sokongan luar biasa daripada masyarakat setempat, yang mana sebanyak 500 orang peserta bersama 200 sukarelawan perubatan telah terlibat (http://www.imamalaysia.org/what-we-do/fima-lifesavers/).

Tahun berikutnya, program ini diadakan secara fizikal dan dalam talian,menyaksikan seramai 78 orang peserta dan ahli perubatan terlibat secara fizikal di Surau Al-Hijrah Kota Warisan, Sepang manakala terdapat 102 peserta yang mengikuti program secara dalam talian berikutan penularan wabak COVID-19. 

Jelas Muhamad Yusri, pada tahun ini, kita berhadapan dengan gelombang COVID-19 yang lebih ganas, justeru pada tahun ini pertama kali kita langsungkan ia secara mayamelibatkan 1,000 peserta dan dibahagikan kepada enam buah Universiti, yang mana USM adalah salah satu daripada institusi yang terlibat mengendalikan latihan PLS ini.

“Rakan-rakan kolaborasi tempatan yang lain termasuk:

  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • International Islamic University Malaysia (IIUM)
  • Malaysia Resuscitation Association (MyRES)
  • PutraMed CAST
  • Kelab Kepimpinan Putra (Keputra), Universiti Putra Malaysia.”

Menurutnya lagi, terdapat kelainan dari segi pelaksanaan program tahun ini bagi mematuhi sekatan dan tatacara pelaksanaan program yang telah ditetapkan oleh kerajaan akibat daripada penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda negara.

FIMA Lifesavers 2021 dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian menggunakan ciri Breakout Room di aplikasi Facebook Live dan YouTube Live. 

Dengan penggunaan ciri ini, latihan bantuan kecemasan asas akan dilaksanakan secara interaktif dan lebih efektif bersama para peserta yang menyertai program ini. 

WhatsApp Image 2021 10 30 at 20.45.24 1

Lebih daripada 30 pelatih profesional (trainer/instructor) dari pusat/institusi perubatan turut membantu menjayakan program ini,” katanya.

Harapan saya Inshaa Allah kita semua dapat sebarluaskan pemahaman dan ilmu serta sedikit sebanyak asas praktikal bagaimana hendak melakukan basic life supportkerana kita tidak tahu sekiranya berlaku sesuatu kemalangan atau kecemasan yang mana pertolongan cemas ini mungkin boleh menyelamatkan nyawa.

Kita juga akan meneruskan inisiatif ini untuk melatih kakitangan dan pelajar-pelajar USM sendiri melalui sesi secara maya dengan pengalaman yang kita dapat pada hari ini, katanya sebelum menamatkan perbualan.

Teks: Mahirah Mahyidin & Zamzami Rasidi/Suntingan: Tan Ewe Hoe  

  • Created on .
  • Hits: 511

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024