PENGERUSI LGU LAWAT HOSPITAL USM
KUBANG KERIAN, 18 Jun -Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia (USM), Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan mengetuai ahli-ahli Lembaga Gabenor USM mengadakan lawatan kerja ke Hospital USM dan Pusat Pengajian Sains Perubatan sempena Mesyuarat Lembaga Gabenor yang diadakan di Kampus Kesihatan di sini.
Rombongan disambut oleh Pengarah Hospital USM, Dato' Dr. Zaidun Kamari dan para pegawai kanan Hospital USM. Turut sama ialah Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa) Profesor Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal, Pengarah Kampus Kesihatan, Profesor Dato' Dr. Mafauzy Mohamed serta para pegawai utama universiti.
Mereka dibawa melawat Wad 1 Utara, 1 Selatan, 'Intensive Care Unit' (ICU) dan 'Critical Care Unit'(CCU) serta diberikan taklimat tentang 'Hospital Mesra Ibadah' serta mengikuti demonstrasi membasuh tangan sempena pameran 'Membasuh Tangan' yang dianjurkan oleh Unit Kejururawatan Hospital USM. LAPOR LAILATUL HAFIZA ABDUL RASHID, Hospital USM.

- Created on .
- Hits: 1736