USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PPSL SEDIA SAHUT CABARAN SAMBUT PELAJAR BAHARU

USM PULAU PINANG, 5 Oktober 2021  Pembimbing Pelajar Siswa Lestari (PPSL) Universiti Sains Malaysia (USM) Sidang Akademik 2021/2022 sudah bersedia menyahut cabaran menyambut ketibaan kemasukan pelajar baharu bermula 15 Oktober ini.

WhatsApp Image 2021 10 16 at 19.10.15

Kesemua pelajar PPSL kali ini akan membantu pihak universiti menguruskan pelajar baharu dan ibu bapa supaya proses pendaftaran berjalan lancar dan teratur.

Sidang Akademik 2021/2022 akan dibuka secara berperingkat dan akan bermula pada 25 Oktober yang mana kuliah dan peperiksaan akan dijalankan secara bersemuka atau dalam talian mengikut ketetapan pusat pengajian masing-masing.

Semangat dan keterujaan PPSL untuk sesi kali ini jelas dapat dilihat pada sesi Program Sua Santai PPSL bersama Naib Canselor yang diadakan di Dewan Pembangunan Siswa 1 (DPS1) Kompleks Cahaya Siswa (KOMCA) di sini, baru-baru ini (2 Oktober).

WhatsApp Image 2021 10 16 at 19.14.07

Pada sesi itu, Naib Canselor USM, Profesor Dato' Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan mengingatkan kesemua pelajar supaya sentiasa menjaga nama baik universiti dan menjadi barisan hadapan untuk menyambut ketibaan pelajar baharu.

Katanya, PPSL perlu sentiasa bersedia bagi memastikan pelajar baharu dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus malah dapat belajar dengan baik tanpa masalah.

WhatsApp Image 2021 10 16 at 19.24.33

"PPSL perlu memastikan amanah yang diberikan ini dapat dijalankan dengan sebaiknya bagi memastikan persediaan yang sudah dibuat untuk menyambut pelajar baharu ini berjalan dengan lancar.

"Sudah pasti saya yakin dengan kemampuan PPSL dalam memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang minggu suaikenal nanti," katanya ketika sesi itu.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, Profesor Dr. Aldrin Abdullah dan Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA) USM, Mohamad Abdullah.

Faisal Rafiq turut berkata, pihak universiti sedang membuat perancangan untuk membuka beberapa kiosk francais perniagaan bagi memberi peluang kepada pelajar universiti untuk memperoleh ilmu dalam bidang pekerjaan.

Katanya, antara kiosk francais yang masih dalam perbincangan untuk dibuka adalah francais minuman Tealive dan beberapa lagi perniagaan francais lain.

Menurutnya, pembukaan itu nanti diharap akan memberi lebih banyak peluang kepada pelajar universiti untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perniagaan.

WhatsApp Image 2021 10 16 at 19.26.49

Teks: Mohamad Hafiz Asyraf Mohd Arop/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 740

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024