USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELANCARAN USM HAPPY LUNCH PUSAT ISLAM KAMPUS KEJURUTERAAN SASAR KELAPARAN SIFAR

NIBONG TEBAL, 1 Oktober 2021 – Pelancaran Universiti Sains Malaysia (USM) Happy Lunch Kampus Kejuruteraan hari ini mensasarkan kelaparan sifar yang merupakan matlamat kedua Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDGs), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

WhatsApp Image 2021 10 14 at 10.23.13

 

Pengarah Kampus Kejuruteraan USM, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria dalam ucapannya menyatakan bahawa selain daripada sasaran utama tersebut, Pusat Islam juga akan mencari ruang supaya dapat menjalankan acara akikah secara mingguan selepas ini.

“Perkara ini adalah untuk membudayakan amalan berkongsi rezeki seperti yang diterapkan oleh agama Islam selama ini.

“Malah, sambil menyambut baik kepentingan SDG kedua ini, kita juga mahu meraikan semua warga kampus terutamanya pelajar sebagai sebahagian daripada komuniti besar kita,” tambah Azazi.

Mengulas akan kelonggaran semasa Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini, beliau yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC) berharap agar silaturahim serta hubungan persaudaraan dapat dikembalikan.

WhatsApp Image 2021 10 14 at 10.23.13 1

“Saya ingin menyeru agar sama-sama menggunakan kelonggaran yang diberikan dengan sebaiknya untuk kembali mengimarahkan masjid serta surau kita di USM ini,” kata Azazi.

Sebanyak 300 bungkus Happy Lunch diedarkan merangkumi 100 bungkus di Masjid Al-Malik Khalid, Kampus Induk dan 200 bungkus di Kampus Kejuruteraan.

Majlis perasmian ringkas telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Dato’ Dr. Awang Adek Hussin, dan turut hadir adalah Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis, Leftenan Kolonel Profesor Ts. Dr. Zaliman Sauli dan Pendaftar USM, Dr. Musa Ali.

WhatsApp Image 2021 10 14 at 10.29.56

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 554

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024