BULAN KEMERDEKAAN USM LABUH TIRAI; TAHNIAH KEPADA PEMENANG PERTANDINGAN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN
USM PULAU PINANG, 17 September 2021 – Sambutan Bulan Kemerdekaan 2021 peringkat Universiti Sains Malaysia (USM) melabuhkan tirai hari ini, setelah sebulan disambut oleh segenap lapisan warga USM dalam keadaan sederhana dan dengan norma baharu.
Pagi ini berlangsungnya Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2021 peringkat USM yang dianjurkan oleh Unit Perhubungan dan Kebajikan Staf, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftardengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) menerusi platform Facebook Live @ USMOffical1969.
Beberapa program telah diadakan secara maya di sepanjang bulan kemerdekaan, dan salah satunya ialah Pertandingan Sambutan Kemerdekaan Pasca COVID-19 peringkat USM yang terbuka kepada penyertaan seluruh warga staf, pelajar dan juga ahli keluarga mereka.
Program tersebut dilangsungkan bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara serta memeriahkan sambutan kemerdekaan yang diraikan dengan cara tersendiri, berikutan wabak pandemik COVID-19 ini.
Penyertaan amat memberangsangkan, mengambil kira ini kali pertama pertandingan seumpama itu dianjurkan dalam suasana norma baharu pandemik; penganjur menerima sebanyak 129 penyertaan bagi 10 kategori pertandingan yang dipertandingkan dalam kalangan staf dan 184 penyertaan bagi 8 kategori pertandingan dari pelajar USM.
Dalam ucapan penutupan program, Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkata, walaupun negara kita masih 'berperang' dengan COVID-19, ini bukan alasan untuk kita melupakan tarikh 31 Ogos dan 16 September yang bersejarah bagi negara Malaysia.
“Dengan adanya pertandingan seumpama ini, diharapkan agar semangat patriotisme dan semangat cintakan tanah air akan sentiasa mekar harum di sanubari setiap daripada kita semua,” katanya.
Harapan Faisal Rafiq ialah dengan adanya program ini, kita semua akan lebih menghayati dan memahami erti kemerdekaan yang sebenar, serta mendalami maksud tema kemerdekaan tahun ini iaitu ‘Malaysia Prihatin’.
“Erti kemerdekaan sekarang adalah bukan hanya kita bebas daripada penjajah fizikal, tetapi kita juga harus bebas daripada sebarang bentuk penjajahan lain seperti pengaruh negatif yang menggugat keamanan negara kita termasuk masalah terbesar yang melanda negara kita sekarang iaitu wabak COVID-19,” jelasnya.
Pendaftar USM, Dr. Musa Ali pula berkata, diharapkan program ini dapat menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam kalangan seluruh staf dan pelajar USM, di samping membolehkan mereka menonjolkan bakat serta kreativiti masing-masing untuk menunjukkan perasaan cintakan tanah air menerusi karya seni yang dihasilkan semua.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA) USM, Profesor Dr. Aldrin Abdullah berkata, semoga pertandingan ini menjadi pemangkin kepada pelajar dalam menghayati nilai "HEBAT” USM dan berharap agar tahun ini menjadi tahun terakhir kita meraikan Hari Kemerdekaan dalam suasana 'peperangan' melawan pandemik COVID-19.
Turut hadir di majlis adalah Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria; Pegawai Perhubungan Staf, Zulkifli Che Husin; Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Profesor Dr. Sivamurugan a/l Pandian; dan Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Sumber Manusia, Mohd Azizudin Mohd Shariff.
Berikut merupakan senarai pemenang bagi pertandingan sepanjang Bulan Kemerdekaan yang diumumkan dalam majlis yang sama:
KATEGORI PELAJAR
Pertandingan Mencipta Pantun
- Tempat Pertama – Feillex bin Marbin (Pusat Pengajian Sains Farmasi Kampus Induk)
- Tempat Kedua – Muhammad Aiman Shahmi bin Mazlan (Pusat Pengajian Sains Fizik Kampus Induk)
- Tempat Ketiga – Aisyah binti Ridzuan (Pusat Pengajian Sains Farmasi Kampus Induk)
- Hadiah Saguhati – Nur Hidayah binti Mohamad Readho (Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral Kampus Kejuruteraan)
Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik
- Tempat Pertama – Ross Theodoric Vincent (Pusat Pengajian Sains Pergigian Kampus Kesihatan)
- Tempat Kedua – Dayang Suriatulfatihah binti Awang Alli (Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Kampus Induk)
- Tempat Ketiga – Aina Mardhiah binti Mohd Shahrom (Pusat Pengajian Sains Farmasi Kampus Induk)
- Hadiah Saguhati – Muhammad Imran bin Jamaludin (Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Kampus Induk)
Pertandingan Deklamasi Puisi
- Tempat Pertama – Amirul Afiq bin Kasim (Pusat Pengajian Sains Kajihayat Kampus Induk)
- Tempat Kedua – Muhammad Ajri bin Roslan (Pusat Pengajian Komunikasi Kampus Induk)
- Tempat Ketiga – Hang Nur Deanna Sofea Hang Al Nuqman Shah (Kolej Mara Kulim)
- Hadiah Saguhati – Muhammad Idham bin Haslan (Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam Kampus Kejuruteraan)
Pertandingan Lensa Kemerdekaan
- Tempat Pertama – Eda Nazyra Ramli (Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan Kampus Induk)
- Tempat Kedua – Abdul Rahim Minhat (Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Kampus Induk)
- Tempat Ketiga – Nur Aqilah Mohamad (Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Kampus Induk)
- Hadiah Saguhati – Teh Hui Li (Pusat Pengajian Sains Kesihatan Kampus Kesihatan)
Pertandingan Video Pendek
- Tempat Pertama – Muhammad Ajri bin Roslan (Pusat Pengajian Komunikasi Kampus Induk)
- Tempat Kedua – Nor Rashila binti Mohd Rashid (Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Kampus Induk)
- Tempat Ketiga – Nurul Ain binti Abdul Fatah (Pusat Pengajian Sains Kesihatan Kampus Kesihatan)
- Hadiah Saguhati – Kok Jen Dee (Pusat Pengajian Sains Kesihatan Kampus Kesihatan)
Pertandingan TIKTOK Kemerdekaan
- Tempat Pertama – Shahronizam bin Resideh @ Rashidie (Pusat Pengajian Seni Kampus Induk)
- Tempat Kedua – Muhammad Faris bin Yahani (Pusat Pengajian Sains Kimia Kampus Induk)
- Tempat Ketiga – Syaza Syazwani binti Shaifol (Pusat Pengajian Sains Kimia Kampus Induk)
- Hadiah Saguhati – Siti Nur Afiqah binti Mohammad Izani (Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral Kampus Kejuruteraan)
Pertandingan Rekaan Poster
- Tempat Pertama – Aw Yong Li Shan (Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam Kampus Kejuruteraan)
- Tempat Kedua – Nur Husna Hakimi binti Muhamad Asri (Pusat Pengajian Seni Kampus Induk)
- Tempat Ketiga – Nur Adilah Adanan (Pusat Pengajian Sains Kimia Kampus Induk)
- Hadiah Saguhati – Nurul Afifah binti Ahmad (Pusat Pengajian Seni Kampus Induk)
Pertandingan Rekaan T-shirt
- Tempat Pertama – Harith Marwan bin Ahmad Nazari (Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan)
- Tempat Kedua – Muhammad Amir Sufyan bin Alias (Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan Kampus Induk)
- Tempat Ketiga – Aw Yong Li Shan (Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam Kampus Kejuruteraan)
- Hadiah Saguhati – Farah Aini Abdul Wahab (Pusat Pengajian Sains Kimia Kampus Induk)
KATEGORI STAF
Aspirasi Keluarga Merdeka
- Tempat Pertama – Puan Noor Hazrita binti Che Teh (Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan)
- Tempat Kedua – Puan Noor Hazrita binti Che Teh (Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan)
- Tempat Ketiga – Puan Suzana binti Abdul Rahman (Perpustakaan Kampus Kejuruteraan)
Deklamasi Puisi Kemerdekaan
- Tempat Pertama – Encik Muhammad Fikri bin Ali Yasah (Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Kampus Induk)
- Tempat Kedua – Puan Lailatul Hafiza binti Abdul Rashid (Pejabat Pengarah Kampus Kesihatan)
- Tempat Ketiga – Dr. Hafizuddin bin Mohamed Fauzi (Institut Perubatan dan Pergigian Termaju)
Gubahan Masakan
- Tempat Pertama – Puan Noor Ezalina binti Ibrahim (Jabatan Pendaftar Kampus Induk)
- Tempat Kedua – Puan Suzana binti Abdul Rahman (Perpustakaan Kampus Kejuruteraan)
- Tempat Ketiga – En. Zulkifli bin Che Husin (Jabatan Pendaftar | Pegawai Kebudayaan Kampus Induk)
Hiasan Motosikal
- Tempat Pertama – Encik Ahmad Syammuri bin Bakar (Perpustakaan Kampus Kejuruteraan)
- Tempat Kedua – Encik Hairul Fitri bin Ahmad (Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Aset Kampus Induk)
- Tempat Ketiga – Encik Hafiz Meah bin Ghouse Meah (Pusat Media & Perhubungan Awam Kampus Induk)
Lensa Kemerdekaan
- Tempat Pertama – Encik Mohamed Nazri bin Mohamed Tahir (Pusat Racun Negara Kampus Induk)
- Tempat Kedua – Encik Hafiz Meah bin Ghouse Meah (Pusat Media & Perhubungan Awam Kampus Induk)
- Tempat Ketiga – Puan Noorazimah binti Ishak (Institut Perubatan dan Pergigian Termaju)
Melukis dan Mewarna
- Tempat Pertama – Dr. Leong Yin Hui (Nama Anak: Tan Sing Lin)
- Tempat Kedua – Encik Mohamad Muzammir bin Mohamad Noor (Nama Anak: Mohamad Adam Ahlam)
- Tempat Ketiga – Encik Khairul Anuar bin Ahmad (Nama Anak: Damia Arissa)
Mencipta Pantun
- Tempat Pertama – Encik Hazlifendirizan bin Md Rejab (Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi Kampus Kejuruteraan)
- Tempat Kedua – Dr. Muhammad Zuhair bin Zainal (Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Kampus Induk)
- Tempat Ketiga – Prof. Madya Dr. Premalatha a/p Karupiah (Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Kampus Induk)
Nyanyian Lagu Patriotik
- Tempat Pertama – Encik Muhammad Haziq bin Mansor (Jabatan Pendaftar Kampus Induk)
- Tempat Kedua – Dr. Hafizuddin bin Mohamed Fauzi (Institut Perubatan dan Pergigian Termaju)
- Tempat Ketiga – Encik Mohd Afif bin Fauzi (Jabatan Pendaftar Kampus Kesihatan)
TIKTOK Kemerdekaan
- Tempat Pertama – Puan Nurfishah binti Mat Saad (Perpustakaan Kampus Kejuruteraan)
- Tempat Kedua – Puan Liyana Adhwa’ binti Khalid (Bahagian Kelestarian dan Pembangunan Institusi Kampus Induk)
- Tempat Ketiga – Puan Noor Hazrita binti Che Teh (Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan)
Video Pendek Kemerdekaan
- Tempat Pertama – Encik Muhammad Syazwan bin Ahmad Basir (Hospital Universiti Saina Malaysia Kampus Kesihatan)
- Tempat Kedua – Encik Mohd Rozaidi bin Mohd Rozali (Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Aset Kampus Kejuruteraan)
- Tempat Ketiga – Encik Mohamed Nazri bin Mohamed Tahir (Pusat Racun Negara Kampus Induk)
Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Suntingan: Tan Ewe Hoe & Mazlan Hanafi Basharudin/Foto: Ebrahim Abdul Manan
- Created on .
- Hits: 719