USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR USM MENANG PINGAT EMAS PERTANDINGAN REKA BENTUK RAJA ZARITH SOFIA

 1001768 594986610535270 51784894 n resized

Dua orang  pelajar tahun kedua Program Reka Bentuk Dalaman, Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan, USM memenangi  setiap seorang satu pingat emas dalam Pertandingan Reka Bentuk  "Raja Zarith Sofiah Award" yang berlangsung di Johor melalui 4 kategori yang dipertandingkan iaitu reka bentuk produk, fesyen, kraf, dan pembungkusan.

Pertandingan akhir yang diadakan di Johor Bahru dari 15-18 Jun 2013 itu  menyaksikan kedua-dua orang pelajar USM tersebut, Amy Fadzilla Ibrahim dan Nur Fatin Amira Zakaria memenangi Pingat Emas Kategori Rekabentuk Pembungkusan.

988491 594986613868603 1377111244 n resized

Pertandingan ini menyaksikan 65 peserta akhir daripada 861 penyertaan iaitu 735 penyertaan daripada pelajar politeknik, 76 daripada golongan profesional dan 60 pelajar sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi.

Ia dianjurkan oleh Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dan Pusat Keusahawanan Politeknik Malaysia (MPEC) dalam usaha mencungkil pereka kreatif di kalangan penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta pelajar sekolah di negara ini.   Laporan asal dan foto: Roslan Hj. Talib, PP Perumahan, Bangunan dan Perancangan.

  • Created on .
  • Hits: 1789

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024