USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KEBAJIKAN PELAJAR PJJ SENTIASA MENJADI KEUTAMAAN USM

USM PULAU PINANG, 26 September 2021 -- Universiti Sains Malaysia (USM) sentiasa mempertimbangkan perkara yang terbaik dalam memastikan pelajar Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) menerima kualiti pengajaran yang terbaik dari USM.

WhatsApp_Image_2021-09-28_at_06.28.46.jpeg

Menurut Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, demi kebajikan semua pelajar PJJ, portal PJJ akan menjadi one-stop centre bagi semua kursus-kursus dalam talian di USM,supaya pelajar boleh memperoleh lebih banyak pilihan kursus major dan minor yang lebih berkualiti dan berdaya saing.

“Dekan baru yang dilantik juga telah meminta semua pensyarah di PJJ untuk menyediakan self instructional module supaya pelajar boleh membuat latih tubi dan memeriksa sendiri tahap pemahaman masing-masing berkaitan pengajian,” tambahnya.

Katanya lagi, minggu intensif juga akan diubah formatnya susulan kekangan dari majikan pelajar dan sebagainya untuk memberi kemudahan kepada semua pelajar.

“Selain itu, menjadi tanggungjawab saya juga sebagai Naib Canselor untuk membawa kertas cadangan kepada senat untuk memendekkan tempoh kursus dari 5 tahun kepada 4 tahun, supaya pelajar boleh bergraduasi lebih segera, dan mampu memperkasa kerjaya masing masing,” kata Faisal Rafiq.

USM turut sedaya upaya meningkatkan dana yang boleh dilaburkan kembali bagi tujuan memperbaiki fasiliti USM, dan pada masa sama turut menawarkan diskaun yuran kepada pelajar-pelajar PJJ semasa pandemik COVID-19 melanda tempoh hari.

Kursus PJJ USM merupakan antara kursus yang terawal ditawarkan oleh IPTA di Malaysia dan ditawarkan dengan kos yang paling rendah dalam kalangan IPTA serta berfokus pada golongan terkebawah (bottom billion).

Rancangan pengajian luar kampus USM yang mula ditawarkan pada tahun 1971, menyambut ulang tahun ke-50 penawarannya pada tahun ini.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 797

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024