USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

UCAPAN TAHNIAH NC UNTUK ALUMNI USM

 
PULAU PINANG – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dato’ Dr. Omar Osman merakamkan ucapan tahniah atas perlantikan alumni USM yang kini memegang jawatan-jawatan utama dalam kabinet baru pimpinan Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Najib Tun Razak.
 
YBhg. Datuk Dr. Madinah Mohamad telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Pendidikan yang baru manakala Datuk Abdul Rahim Bakri dan YBhg Tan Sri Haji Shukry Mohd. Salleh pula masing-masing memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pertahanan dan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri (ICU).
 
Berucap di Perhimpunan Bulanan Naib Canselor USM, Omar menyambut baik perlantikan para alumni yang menurut beliau secara tidak lansung telah mengharumkan nama USM itu sendiri dengan pencapaian-pencapaian mereka.
 
“Saya bagi pihak USM merasa sangat bangga dengan pencapaian para alumni ini,” ujar Omar.
 
Dato’ Dr. Madinah Mohamad memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sejak 22 April 2009 yang mana beliau bertanggungjawab dalam menerajui penggubalan dasar serta polisi  sains, teknologi dan inovasi negara dan juga pentadbiran serta  pengurusan MOSTI secara keseluruhannya.
 
Beliau memperolehi Ijazah Pertama dalam bidang Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia dan telah mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1981 di Kementerian  Luar Negeri.
 
Datuk Abd Rahim Bakri sebelum ini merupakan Ahli Parlimen Kudat, Sabah dari Barisan Nasional dan bekas Timbalan Menteri Kementerian Pengangkutan Malaysia yang mana beliau telah dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya.
 
Beliau yang merupakan alumni Sains Kemasyarakatan USM 1985 kini memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia.
 
YBhg Tan Sri Haji Shukry Mohd. Salleh yang mengekalkan jawatan sebagai Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri bagi tahun 2013 ini adalah Ahli Majlis Persatuan Orang Kota Bharu (OKB) dan merupakan Alumni Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia tahun 1977.
 
YBhg Tan Sri Haji Shukry telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Persekutuan Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri baru-baru ini. Teks: Siti Faizah Abd Halim.
  • Created on .
  • Hits: 2017

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024