USM BAKAL ANJUR SEMINAR KAUNSELING KEBANGSAAN USM 2021
USM PULAU PINANG, 16 September 2021 --Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia (USM) akan menganjurkan Seminar Kaunseling Kebangsaan USM 2021 pada 13-14 Oktober 2021 bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.
Bertemakan "Isu dan Cabaran Pandemik COVID-19", seminar ini akan berlangsung menerusi platform Facebook Live @ Perkhidmatan Perundingan dan Kaunseling Staf USM.
Menurut urusetia seminar, Nur Ezzati Mohamad Husni, seminar ini julung kalinya diadakan dengan tujuan meningkatkan pengetahuan serta maklumat berkaitan isu kesihatan mental, perkembangan psikologi anak-anak, kekeluargaan, integriti dan pengurusan krisis dalam era pandemik.
“Seminar ini akan dilaksanakan secara dalam talian dengan sasaran peserta terdiri daripada warga USM, orang awam, kaunselor dan pelajar Universiti Awam/Universiti Swasta,” jelasnya.
Tambahnya, pihak urusetia amat berbesar hati menjemput semua yang berminat dan memohon supaya hebahan ini dipanjangkan kepada staf dan pelajar di Pusat Tanggungjawab masing-masing serta umum.
“Penyertaan adalah PERCUMA dan tarikh tutup pendaftaran adalah pada 8 Oktober 2021 (Jumaat). Mata MyCPD kepada staf USM dan MyCSD kepada pelajar USM disediakan. Mata CPD kepada Kaunselor Berdaftar (KBPA) oleh Lembaga Kaunselor Malaysia turut disediakan,” katanya lagi.
E-Sijil akan diberikan kepada peserta yang menyertai seminar ini secara sepenuh sesi dan sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Nur Ezzati: 04-6536072/013-2330512
Berikut adalah pautan pendaftaran Seminar Kaunseling mengikut kategori:
- Staf USM - https://forms.office.com/r/fYGbhrfBns
- Pelajar USM - https://forms.office.com/r/bfs079ES8m
- Kaunselor Berdaftar - https://forms.office.com/r/athvRf2Byu
- Pelajar IPT - https://forms.office.com/r/pQw3bTMFfX
- Orang Awam - https://forms.office.com/r/ww3Fr8tWGd
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
- Created on .
- Hits: 1003