PELAJAR USM, JOM SERTAI USM MALAYSIA DAY VIRTUAL RUN 2021
USM PULAU PINANG, 16 September 2021 -- Bersempena dengan Hari Malaysia yang disambut pada 16 September, pihak Jawatankuasa Program #USMFIT dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) akan menganjurkan pertandingan larian “USM MALAYSIA DAY VIRTUAL RUN 2021” yang terbuka kepada semua pelajar USM.
Menurut penganjur, objektif utama penganjuran program ini adalah untuk menggalakkan budaya gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar USM di samping bersama-sama memperingati Hari Malaysia dan menghayati sejarah penubuhan persekutuan Malaysia.
Program ini bermula dari 16 September hingga 16 October 2021 secara maya (virtual) melalui aplikasi BookDoc.
Penyertaan boleh dibuat dengan cara memuat turun aplikasi BookDoc secara percuma di Apple Appstore atau Google PlayStore. Kemudian Daftar akaun BookDoc dengan menggunakan alamat e-mel atau Facebook (Sila rujuk video untuk cara muat turun dan mendaftar akaun):
BookDoc https://www.youtube.com/watch?v=d9uY4yMsSSY).
Setelah selesai mendaftar, sila pilih menu > promotion dan masukkan kod promo "USMSTUDENTRUN2021". (Sila rujuk lampiran untuk cara memasukkan kod promo: https://www.youtube.com/watch?v=uf_8Kc9JFSw).
Peserta diminta untuk memilih butang Challenge dan klik pada “USM MALAYSIA DAY VIRTUAL RUN 2021” untuk menyertai program ini.
Selesaikan sasaran dengan memperolehi 150,000 langkah sepanjang tempoh cabaran berlangsung dan daftar penyertaan anda untuk mata MyCSD di sini: https://forms.gle/cAk14MW4pSF17XDy9 .
Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar USM yang masih aktif dari semua kampus USM dan tiada yuran perdaftaran dikenakan bagi program ini.
Rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik berupa baucer belanja Marketplace bernilai RM50 bagi 30 orang peserta dengan mata tertinggi dan hadiah saguhati barangan USMFIT bagi 15 orang peserta bertuah.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak USMFIT di
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
- Created on .
- Hits: 646