USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM BIKERS SALUR SUMBANGAN KEPADA KOMUNITI TERKESAN TRAGEDI YAN

USM_Bikers_Club.jpg

USM PULAU PINANG, 14 September 2021 -- Universiti Sains Malaysia (USM) melalui USM Bikers Club telah berjaya membuat kutipan derma sejumlah RM3,000 untuk disalurkan kepada masjid dan surau yang terkesan di Yan akibat fenomena kepala air baru-baru ini.

Selain daripada derma kewangan ini, sumbangan berbentuk barangan seperti kerusi kuliah, rehal moden, telekung dan sejadah juga telah berjaya diperoleh daripada para penyumbang.

Pengerusi USM Bikers, Zulkifli Che Hussin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah memberi sumbangan masing-masing untuk menjayakan program ini.

“Semoga dengan sumbangan ini, ianya sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang terkesan di Yan,” jelas Zulkifli yang juga Pegawai Kebudayaan di Unit Perhubungan dan Kebajikan Staf, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, USM. 

Sumbangan dan kutipan ini telah berlangsung di antara 28 Ogos 2021 sehingga 10 September 2021 dan urusan penyaluran sumbangan akan dilaksanakan pada 16 September 2021.

Bulan lalu kita dikejutkan dengan tragedi di negeri Kedah yang berpunca daripada kejadian hujan ekstrem pada waktu petang dan menyebabkan fenomena kepala air di kawasan Gunung Jerai sehingga berlakunya banjir lumpur di Kuala Muda dan Yan.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 446

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024