USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SUBRAMANIAN WAKILI MALAYSIA, RAIH TEMPAT KETIGA DI KEJOHANAN CATUR UNIVERSITI ASIA 2021

chess-featured-smartprix.jpg

USM PULAU PINANG, 14 September 2021 -- Atlet catur lelaki Universiti Sains Malaysia (USM), S. Subramanian, pelajar dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, telah membanggakan USM apabila berjaya menduduki tempat ketiga secara keseluruhan di dalam kejohanan Asian University Chess Championship (AUCC) 2021.

Beliau yang mewakili pasukan Lelaki Catur Universiti-Universiti Malaysia telah menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi dalam perlawanan secara dalam talian (online) dan berjaya memperolehi pingat gangsa.

Ahli pasukan ini terdiri daripada dua pemain Imperial College London (Malaysia), seorang Taylor’s University (Malaysia) dan Subramanian daripada USM.

Pusat Sukan dan Rekreasi USM melalui Pengarahnya, Idrus Haji Rapie mengucapkan tahniah atas kejayaan ini dan semoga dengan pencapaian ini, ianya dapat menyemarakkan lagi semangat kesukanan di USM di samping meningkatkan minat terhadap permainan catur sebagai sukan kompetitif khususnya dalam kalangan golongan belia.

Tempat pertama telah dimenangi oleh pasukan daripada India, kedua dari Iran dan diikuti Malaysia di tempat ketiga.

Kejohanan ini telah melabuhkan tirai pada 12 September 2021 lalu.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 464

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024