USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

‘HOUSEHOLD NUTRITION MILK + DHA’, INISIATIF STRATEGIK BAHARU USM DEMI KEBAJIKAN STAF

NIBONG TEBAL, 7 September 2021 -- Program ‘Staff Household Nutrition Milk + DHA’ atau Bantuan Susu UHT Kepada Staf B40 adalah salah satu inisiatif strategik baharu USM bagi tahun 2021 yang diikhtiarkan oleh Naib Canselor dan pengurusan tinggi demi kebajikan staf di bawah Talent Management and Wellbeing.

Inisiatif yang dipertanggungjawabkan di bawah penyelarasan Jabatan Pendaftar dan Pusat Sejahtera dengan bantuan beberapa PTJ lain ini merupakan program pertama seumpamanya yang dilaksanakan bagi menghargai staf dan anak-anak staf di USM.

Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria dalam ucapannya di satu majlis ringkas penyerahan susu di sini hari ini berkata, tujuan utama program ini adalah untuk menggalakkan tabiat meminum susu dari awal usia secara berterusan dalam kalangan anak-anak staf.

WhatsApp_Image_2021-09-10_at_23.32.58.jpeg

“Seperti yang kita sedia maklum, susu merupakan makanan seimbang yang mengandungi hampir kesemua nutrien yang diperlukan untuk kesihatan optimum, yang dapat membantu proses tumbesaran fizikal dan mental kanak-kanak, sekaligus membolehkan mereka membesar dengan sihat dan kuat,” tambah beliau.

“Selain itu, program ini juga diharap akan meringankan beban kewangan staf dalam kategori B40 yang kurang berkemampuan serta mempunyai anak berusia 12 tahun ke bawah untuk menyediakan makanan tambahan susu berkhasiat + DHA bagi anak-anak mereka,” tambah Azazi.

Seramai 2,343 orang staf dalam kategori B40 di kesemua kampus menerima sumbangan ini yang merangkumi 208 staf dari Kampus Kejuruteraan, 763 staf dari Kampus Induk, 388 staf dari Kampus Kesihatan, 821 staf dari Hospital USMdan163 staf dari Institut Perubatan Dan Pergigian Termaju (IPPT).

Penyerahan susu ini akan dilakukan sebanyak empat (4) kali pada awal bulan September-Oktober-November-Disember 2021 dengan setiap sekali serahan adalah sebanyak 24 kotak (satu karton) bagi setiap staf.

WhatsApp_Image_2021-09-10_at_23.32.58_1.jpeg

Selain Pengarah Kampus, majlis ini hanya melibatkan tiga orang ketua jabatan yang terdiri daripada Ketua Penolong Pendaftar, Jabatan Pendaftar, Mohd Jalaludin Bin Azizan; Pegawai Perubatan dari Unit Kesihatan, Dr. Farhi Bin Abidin; Ketua Penolong Bendahari, Ismail Bin Jamaluddin; Wakil Kesatuan Kakitangan Am USM, Mohamad Shukri Bin Zamri serta empat orang wakil penerima bagi memastikan pematuhan ketat kepada SOP yang telah ditetapkan.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abd Rahman

  • Created on .
  • Hits: 535

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024