USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SELAMAT DATANG KEPADA CALON BARU SARJANA PERUBATAN

usmipptr

BERTAM, Jun 2013 – Seramai 12 orang calon baru bagi Sarjana Perubatan (Perubatan Nuklear dan Perubatan Transfusi) telah mendaftar masuk ke Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) memeriahkan lagi sidang akademik bagi tahun 2013/2014. Jumlah pelajar bagi kedua-dua program ini adalah seimbang iaitu seramai 6 orang pelajar di dalam setiap program.

Justeru, satu program orientasi calon baru telah diadakan pada 4 hingga 10 Jun ini yang dianjurkan oleh Bahagian Akademik IPPT. Profesor Dr. Narazah Mohd Yusoff, Timbalan Pengarah Penyelidikan, Penerbitan dan Inovasi IPPT mengalu-alukan kedatangan para pelajar yang kesemuanya adalah merupakan para doktor.

USM dalam agendanya untuk memacu transformasi pengajian tinggi negara mencipta sejarah dengan kejayaan melahirkan siswazah Sarjana Perubatan Nuklear dan juga Sarjana Perubatan Transfusi yang merupakan yang pertama di Asia dan juga di Malaysia.

Pelajar bagi Sarjana Perubatan Nuklear ini adalah merupakan kumpulan ke-6 sejak program ini mula diadakan, manakala pelajar Sarjana Perubatan Transfusi pula adalah kumpulan yang ke-8.

Seramai 5 orang pelajar dari program Sarjana Perubatan Nuklear telah bergraduan pada tahun 2012 manakala bagi Sarjana Perubatan Transfusi pula adalah seramai 3 orang pada tahun 2010, 5 orang pada tahun 2011 dan 6 orang pada tahun lepas.

Mengikut statistik, nisbah di Malaysia ialah seorang doktor dan 300,000 rakyat. Walhal sepatutnya seorang doktor perubatan untuk 100,000 orang. Hal ini menyebabkan IPPT menerusi bahagian Akademik sedang giat berusaha untuk meningkatkan jumlah pelajar dalam bidang berkenaan bagi mengurangkan jurang nisbah tersebut.

Turut hadir, Dr. Muhammad Yusri Musa, Timbalan Pengarah Klinikal, Kelestarian dan Piawaian IPPT, ketua-ketua kluster dan juga para pensyarah. - Teks/Foto: Mohd Nadzri Shuib

 

 

  • Created on .
  • Hits: 1803

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024