USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

STAF USM DIMINTA SEGERA KEMASKINI STATUS VAKSINASI DI CAMPUS ONLINE

USM PULAU PINANG, 8 September 2021 -- Semua staf Universiti Sains Malaysia (USM) kini boleh mengemaskini status vaksinasi menerusi laman Campus Online masing-masing.

WhatsApp_Image_2021-09-09_at_13.47.49.jpeg

Menurut Nerve Centre USM, pengemaskinian status vaksinasi ini amat penting bagi seluruh warga USM untuk membantu mencegah sebarang penularan jangkitan COVID-19 sesama keluarga besar USM dan membantu usaha negara mencapai tahap imunisasi tertinggi dalam kalangan warga kampus dan seterusnya komuniti (imuniti kelompok).

“Status vaksinasi ini juga akan menjadi indikator bagi universiti membuat persediaan untuk membuka kembali kampus dalam masa terdekat,” tambahnya.

Warga USM diminta klik pada ruangan kemaskini status vaksinasi yang telah disediakan dalam laman Campus Online masing-masing untuk sebarang pengemaskinian dari masa ke semasa.

“Tempoh semakan dan pengemaskinian status vaksinasi staf bermula dari 8 hingga 15 September 2021 dan selepas tempoh ini, staf boleh mengemaskini semula sebarang perubahan status vaksinasi dari masa ke semasa,” katanya.

Kerjasama dan jasa baik daripada semua staf untuk mengemaskini status vaksinasi ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan tahniah kerana turut membantu negara dalam memerangi wabak pandemik COVID-19 ini seterusnya mencapai imuniti kelompok negara.

Pihak Nerve Centre USM amat menghargai kerjasama semua. Lindung diri, lindung semua.  

Untuk sebarang maklumbalas, Nerve Centre boleh dihubungi di talian:

  • 04-653 2267/6124 (Kampus Induk)
  • 04-599 5530/5531/ (Kampus Kejuruteraan)
  • 04-562 2999 (IPPT)
  • 09-767 1306 (Kampus Kesihatan)

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 545

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024