PENGHANTARAN PELAJAR PULANG KE KAMPUNG HALAMAN SEMPENA CUTI SEMESTER LANCAR
USM PULAU PINANG, 8 September 2021 -- Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA), Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) dan Persatuan Anak Negeri telah berjaya melaksanakan penghantaran pulang pelajar ke kampung halaman untuk cuti semester dengan lancar minggu lalu.
Menurut MPP USM melalui laman media sosialnya, penghantaran pelajar pulang ke kampung halaman telah selesai diuruskan dan semuanya telah berjalan dengan lancar.
“Untuk makluman, usaha ini adalah hasil perancangan rapi dan kerjasama yang sepakat antara BHEPA, MPP dan Persatuan Anak Negeri,” kata mereka.
Sebanyak lebih kurang 30 perjalanan penghantaran menggunakan bas USM yang dikelolakan oleh Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Aset (JPPA) serta bas catar yang diuruskan bersama BHEPA dan Persatuan Anak Negeri.
Bahkan ada juga sebilangan kecil pelajar dari Sabah dan Sarawak dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang (PIA) dengan menaiki van yang disediakan BHEPA.
Di akhir kata, pihak MPP USM melahirkan rasa kesyukuran kerana semua pelajar selamat sampai ke destinasi masing-masung dan mengucapkan selamat bercuti dan sentiasa menjaga diri di waktu pandemik yang masih belum berakhir ini.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: Ebrahim Abdul Manan
- Created on .
- Hits: 484