WARGA USM JOM BERWAKAF: JIWA MERDEKA UNTUK AGAMA
USM PULAU PINANG, 8 September 2021 -- Sewaktu Rasulullah SAW sampai di Madinah, tiada air yang elok diminum oleh kaum Muslimin kecuali dari telaga ar-Rumah milik seorang Yahudi. Lalu Baginda SAW bersabda,
“Sesiapa yang membeli telaga al-Rumah ini dan mewakafkan airnya kepada orang Muslim, dia akan diberi pahala berdasarkan setiap timba air yang disedekahkan itu dan kelak dia akan meminum air di dalam syurga.” (HR al-Bukhari).
Demikian antara perkongsian yang dianjurkan oleh Sektor Pembangunan Masjid dan Wakaf Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) yang mengajak warga USM untuk berwakaf.
Tambahan lagi, untuk menggalakkan budaya berwakaf di USM, kisah Saidina Uthman bin Affan RA yang menawarkan untuk membeli telaga tersebut, namun ditolak oleh pemiliknya. Lalu Saidina Uthman kembali menawarkan untuk membeli setengah dari telaga tersebut dan digunakan antara mereka secara bergilir hari. Yahudi itu bersetuju dengan anggapan beliau boleh mendapatkan wang banyak dari Saidina Uthman tanpa kehilangan telaganya.
Hari bersilih ganti. Yahudi tersebut mendapati telaga miliknya tiada pembeli kerana penduduk Madinah mengambil air yang diwakafkan oleh Saidina Uthman pada hari gilirannya. Lalu Yahudi tersebut menemui Saidina Uthman dan memintanya untuk membeli setengah lagi telaga tersebut. Saidina Uthman setuju, lalu dibelinya. Maka Telaga ar-Rumah menjadi milik Uthman sepenuhnya dan diwakafkan untuk kegunaan semua termasuk Yahudi tersebut.
Di akhirnya, firman Allah SWT yang bermaksud, "Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku." (Surah Al-Fajr: 27-30).Ibn Abi Hatim meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawasanya ayat ini diturunkan berkenaan peristiwa tersebut.
اللهماعطمنفقاخلفا
"Ya Allah kurniakan dermawan dengan gantian yang baik"
Kepada warga USM yang berminat untuk berwakaf, sila melayari laman https://tinyurl.com/wakafusm ataupun melalui potongan gaji bulanan (untuk staf sahaja) melalui https://epusatislam.usm.my/
Selain itu, semua warga USM juga boleh terus berwakaf bersama Masjid Al-Malik Khalid USM di Nombor Akaun 0702-0000-2787-18 (Bank Muamalat Malaysia Berhad) dengan Rujukan: 1) Wakaf Karpet 2) Wakaf Laluan Rahmah.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
- Created on .
- Hits: 530