USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BUDI STAF DIHARGAI

PULAU PINANG, 14 Jun 2013 – Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Omar Osman menyampaikan Anugerah Sanjungan Budi kepada 50 orang staf dari Kampus Induk dan Kampus Kejuruteraan di sini hari ini.

Majlis anugerah ini diadakan setiap tahun bagi meraikan staf yang berkhidmat di Universiti selama 25 tahun.  

Menurut Omar, staf yang berkhidmat melebihi 25 tahun adalah tonggak utama universiti yang mula ditubuhkan 45 tahun yang lalu. Mereka ini dihargai kerana telah menabur bakti dan jasa sekian lama untuk USM, dan diharap dapat terus meningkatkan motivasi dalam bekerja di samping menjadi role model kepada staf yang baharu.

“Saya berharap semua dapat meneruskan khidmat, kepakaran dan komitmen dalam kerjaya bagi mencapai aspirasi Universiti dan melahirkan lebih ramai generasi berilmu,” kata Omar di dalam ucapan perasmian.

Di samping itu, beliau juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa ribut dan angin kuat yang melanda Pulau Pinang petang kelmarin.

"Saya berharap supaya kita semua menjaga keselamatan dan juga kesejahteraan diri masing-masing dan kesihatan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih baik," ucap beliau.

  • Created on .
  • Hits: 1710

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024